“Tindakan Saman Fitnah” – Penang Pasukan Pertama Dakwa Tuduhan Palsu Netizen

Penang menjadi kelab pertama musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang mengambil tindakan undang-undang ke atas penyokong atas sebab komen berbaur fitnah di laman Instagram semalam.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan kelab tersebut, pengurusan Penang mengambil berat akan tuduhan palsu yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Instagram bernama AierielShahezrie setelah dia dilihat memberi satu komen tidak menyenangkan di Instagram rasmi kelab itu sehingga mendapat perhatian beberapa orang lagi untuk memberi maklum balas.

“Oleh kerana tuduhan ini adalah amat berat, sebagai individu yang bertanggungjawab dan bertanggungan atas setiap dakwaan diminta untuk hadir ke pejabat Penang FC, dan seterusnya untuk bersama-sama wakil Pengurusan ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Pulau Pinang untuk merakamkan aduan beliau bagi membolehkan beliau tampil menjadi saksi di Mahkamah bagi mengukuhkan tuduhan beliau.

“Kita sentiasa mengalu-alukan apa-apa kenyataan dakwaan yang berani di kalangan orang ramai untuk membenteras sebarang bentuk salahlaku rasuah dalam Kelab.

“Namun jika individu ini enggan bertanggungjawab atas kenyataan beliau, tindakan saman fitnah akan dimulakan ke atas individu berkenaan, di samping satu laporan polis akan dibuat bagi membolehkan penyiasatan fitnah jenayah dimulakan ke atas individu berkenaan,” jelas kenyataan tersebut menerusi laman rasmi Penang.

Dalam masa sama, pengurusan Penang turut menasihati orang ramai agar mengelakkan diri daripada membuat tuduhan palsu sedemikian supaya tiada tindakan berat diambil sehingga menimbulkan kesulitan sendiri untuk menghadapinya.

“Dalam apa jua keadaan, orang ramai dinasihatkan tidak mudah membuat apa-apa tuduhan yang bersangkutan kes jenayah yang dilihat berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi  Kelab, para pegawai dan pemain agar tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang yang boleh menimbulkan kesulitan yang  tidak perlu ke atas individu yang membuat tohmahan berkenaan.”

Sebelum ini, Penang juga telah terpalit dengan isu tuduhan tak berasas yang dikeluarkan oleh salah satu portal sukan tempatan sehingga memaksa pengurusan meminta laman berkenaan membuat ucapan mohon maaf.

Selain Penang, Kedah juga antara pasukan kini giat ingin mengeluarkan saman fitnah kepada penyokong atau mana-mana portal sukan yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dan memberi kesan negatif buat pasukan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Penang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN