Tindakan ‘Ngeri’ Theerathon Buat Arif Aiman Antara Kegilaan Aksi JDT-Buriram United

Gila. Mungkin itu gambaran sebenar untuk aksi semalam membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United pada saingan AFC Champions League Elite (ACLE) dengan perlawanan berkesudahan seri tanpa gol.

Sepanjang aksi berlangsung, pelbagai insiden dan babak tidak dijangka berlaku sehingga mengakibatkan aksi menjadi begitu panas dengan membabitkan kedua pasukan.

Bermula dengan layangan kad kuning kepada Juan Muniz Gallego pada minit keempat, aksi semakin ‘panas’ apabila giliran Murilo pula terpaksa keluar awal daripada padang permainan.

Ini kerana beliau sah dilayangkan kad merah akibat tindakannya mengasari bintang Harimau Malaya, Dion Cools pada minit ke-13 sehingga ketegangan mula berlaku.

Khalid Saleh selaku pengadil permainan terus menjadi tumpuan kerana kekerapan beliau meniup wisel sepanjang aksi berlangsung kerana kekasaran berlaku membabitkan kedua pasukan.

Aksi bertambah rancak bersama suasana hujan turut mengiringi Stadium Sultan Ibrahim (SSI), selain sorakan padu daripada kelompok penyokong Boys Of Straits (BOS) turut menambah rencah perlawanan itu.

Tatkala kelebihan perlawanan mula terarah kepada Buriram United yang beraksi dengan 11 pemain, ianya tidak bertahan lama apabila Theerathon Bunmathan pula dilayangkan kad merah.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Ini kerana pengadil serta Video Assistant Referee (VAR) mengesan tindakan tidak senonoh Theerathon yang memegang anggota sulit Arif sehingga pemain muda Malaysia itu berguling di atas padang menahan kesakitan.

Kesan tindakan tersebut menyaksikan Theerathon terus diarah pengadil untuk meninggalkan padang permainan dan aksi dilihat kembali seimbang.

Kegilaan pengadil bersama tiupan wisel dan layangan kad tidak terhenti setakat itu kerana beberapa lagi pemain turut menjadi mangsa beliau perlawanan dilihat sering terhenti.

Pada satu masa JDT dilihat kembali untuk mendapatkan sesuatu positif buat maruah bola sepak negara, seorang lagi pemain mereka iaitu Park Jun-heong pula menjadi mangsa ketiga menerima layangan kad merah.

Kekasaran dilakukan beliau kepada salah seorang pemain dari kelab Thailand itu pada masa tambahan tidak memberi ruang untuk Park membela nasib apabila dirinya terus diarah keluar padang.

Aksi berakhir dengan kedua pasukan dilihat adil untuk mengumpul satu mata dan pada pandangan kami, ini antara aksi paling ‘gila’ pernah berlaku dalam lipatan sejarah bola sepak di SSI.

Pandangan anda?

Sumber:
Foto: The Photoshooterz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN