Tindakan GSK Nak Beli Kelantan TRW Dianggap Kurang Bernas

Hasrat disuarakan oleh Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) yang sebelum ini ingin membeli skuad The Red Warriors (TRW) dianggap kurang tepat atas pelbagai faktor perlu ditanggung mereka.

Terdahulu, GSK tampil untuk mendapatkan Kelantan TRW menerusi pembelian saham kelab dalam usaha mereka untuk kembali memperbaiki serta menjulang kembali nama pasukan itu di pentas bola sepak Malaysia.

Walaupun begitu, keinginan tersebut tampak sukar direalisasikan selepas pemilik pasukan iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham) selepas nilai jualan diberikan beliau dianggap tidak masuk akal.

Malah, Zamsaham turut meletakkan nilai jualan sebanyak RM1 sahaja dengan syarat pasukan itu mampu meraih kedudukan kelima dalam tempoh lima tahun menerusi perkongsian Nik Hafiz Nik Hassan yang juga merupakan Pengerusi GSK.

Menerusi pandangan dikeluarkan oleh Datuk Dr Pekan Ramli selaku pemerhati bola sepak tempatan, beliau menganggap tindakan GSK kurang bernas kerana mereka bakal memikul bebanan hutang lampau pasukan tersebut.

Malah, Pekan juga memberi cadangan kepada GSK untuk menubuhkan sahaja kelab baharu dengan modal dimiliki kerana proses bakal dilalui juga sama jika mereka mengambil alih Kelantan.

“Saya rasa tidak perlu, kenapa nak bebankan kepala untuk ambil pasukan yang kita tahu tidak akan beraksi di liga profesional.

“Kalau mereka berjaya ambil (Kelantan FC) pun, mereka tetap perlu bermula daripada bawah jadi adalah lebih baik buat satu lagi pasukan baharu.

“Pasukan baharu itu pun boleh dijenamakan semula dengan nama yang berunsurkan atau identiti Kelantan juga.

“Kenapa perlu tanggung hutang sedangkan mereka ada cara lebih baik dengan tubuhkan pasukan baharu, bermula dengan situasi yang lebih baik?

“Saya faham ada aspek nostalgia itu, kita pun tahu betapa berpengaruhnya jenama Kelantan FC ini dalam kalangan penyokong mereka tetapi kalau terlalu banyak syarat yang diletakkan, lebih baik buat pasukan baharu,” kata Pekan menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Pekan juga turut mempertahankan tindakan Zamsaham yang mungkin masih memiliki rasa sayang serta perancangan memajukan kembali pasukan itu.

“Saya rasa Norizam bukan betul-betul mahu lepaskan Kelantan FC kerana kita pun tahu dia sudah banyak melabur untuk pasukan itu. Dengan syarat yang diletakkan itu, mungkin dia rasa ralat nak jual.

“Mungkin juga dia ada perancangan tersendiri untuk menyusun semula Kelantan FC kerana selepas melabur banyak, tidak mungkin dia akan membiarkan sahaja pasukan seperti itu,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN