Timo Werner Semakin Hampiri Perpindahan Ke Chelsea

Timo Werner

Timo Werner kelihatan semakin hampir untuk meninggalkan RB Leipzig selepas beliau dikatakan telah bersetuju untuk berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Liverpool yang pada mulanya amat berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad antarabangsa Jerman ini dikatakan tidak bersedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan bernilai £49.4 juta.

Keadaan tersebut telah membuka ruang luas buat Chelsea untuk menggunakan kesempatan bagi memenuhi tuntutan kelab Bundesliga itu sekaligus menawarkan kontrak bernilai £200,000 seminggu buat Werner.

Sumber Sky Sports juga mendedahkan bahawa Werner turut berasa gembira untuk menyarung jersi Chelsea dan mengakui keutamaannya adalah untuk menandatangani kontrak bersama pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di mana beliau boleh bermain dengan lebih kerap.

Andai segalanya berjalan dengan lancar, Werner akan bersama-sama dengan Hakim Ziyech [ £33 juta] diperkenalkan sebagai tambahan baharu secara rasmi buat Chelsea pada 1 Julai nanti.

Werner mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan liga musim ini apabila beliau berjaya menjaringkan 25 gol serta mencipta tujuh bantuan jaringan selepas mengharungi 29 perlawanan Bundesliga.

Perkembangan ini pastinya akan menggembirakan para peminat Chelsea selepas kelab itu tidak membawa masuk mana-mana pemain baharu pada jendela perpindahan Januari lalu meskipun hukuman larangan pembelian telah diringankan hanya pada jendela perpindahan musim panas sahaja.

Menarik juga untuk disaksikan apabila The Blues berupaya mendapatkan dua pemain yang cukup berkualiti dengan nilai kurang dari £100 juta.

Kredit featured image: Matthias Kern/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Timo Werner:

Leave a Reply