Bundesliga 2019/20: Timo Werner Pilih Terus Kekal Bersama RB Leipzig

Penyerang RB Leipzig, Timo Werner telah menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama pasukan Jerman itu, sekaligus menamatkan sebarang kemungkinan untuk berpindah ke Bayern Munich.

Pemain berusia 23 tahun itu telah beberapa kali dikaitkan dengan juara bertahan Bundesliga itu memandangkan kontrak beliau sebelum ini akan berakhir pada penghujung musim ini.

Keadaan ini membenarkan Bayern mendapatkan pemain ini secara percuma pada musim panas akan datang.

Selepas selesai urusan kontrak baru, Warner berkata: “Saya gembira dapat menandatangan sambungan kontrak bersama RB Leipzig.

“Sudah tentu proses (perbincangan kontrak baru) ini telah berlanjutan agak lama, tetapi saya cuma mahu pastikan keputusan yang saya ambil berada di landasan yang betul untuk pembangunan karier saya di kelab ini.

“Untuk membuat keputusan yang betul, anda memerlukan masa yang lebih panjang. Sekarang saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk bermain di sini bersama pasukan saya demi kejayaan pada musim ini.”

Pengarah Leipzig, Oliver Mintzlaff menambah, “Kami amat berbesar hati beberapa rundingan bersama Timo Werner berlangsung, kini ianya disimpulkan dengan khabar positif selepas beliau telah membuat keputusan untuk manyambung kontrak bersama kami dan kekal menjadi pemain penting dalam pasukan.”

Berita baik ini turut disulami dengan kejayaan RB Leipzig menundukkan Eintracht Frankfurt 2-1 di Red Bulls Arena hasil jaringan Werner dan Yussuf Poulsen pada hujung minggu lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN