Timbalan Presiden Terengganu City FC Sah Letak Jawatan

Semalam melalui twitter rasmi Terengganu City FC, kelab tersebut mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden kelab mereka.

Beliau adalah Encik Muhammad Dede Ellanne Zainuddin.  Beliau adalah pengasas bersama kelab yang berpangkalan di Terengganu ini.

Dalam kenyataan media beliau, Dede Ellane menyatakan, keputusan berat itu terpaksa diambil kerana mahu menumpukan perhatian kepada karier arkitek beliau. Dede Ellane berkata:

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden dan  juga ahli jawatankuasa induk kelab bola sepak Terengganu City FC berkuatkuasa hari ini (13/4/2/017).”

“Ini untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya saya sebagai seorang arkitek.”

“Walaupun berat hati bagi saya untuk meninggalkan kelab ini. Tetapi ia adalah jalan yang terbaik bagi semua pihak untuk mengurus kelab ini ke arah yang lebih baik InsyaAllah.”

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai dan pemain yang mempunyai hati yang besar dalam bersama-sama membangunkan kelab ini.”

“Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua terutama sekali penyokong-penyokong yang telah memberikan sokongan sejak hari pertama penubuhan kelab ini.”

“Saya akan sentiasa menyokong Terengganu City FC walaupun di mana saya berada.”

Terengganu City FC adalah kelab komuniti yang berjaya menarik perhatian ramai pihak. Ini apabila beberapa pemain yang ada nama di persada bola sepak domestik menyertai mereka.


Antaranya adalah Syamsuri Mustafa, Zairo Anuar Zalani dan Haris Safwan. Mereka kini bermaim dalam Liga FAM.

Kedudukan semasa, Terengganu City FC berada di tangga ke-2 di belakang PJ Rangers selepas 4 perlawanan.

Baca juga: Khalid Jamlus: Impian Besar Tak Terlaksana, Tetap Menggegar Kuat Di Bumi Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN