Penjaga gol kelahiran Amerika Syarikat yang berpengalaman luas beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), Tim Howard menyifatkan bahawa beliau percaya rakan senegaranya, Christian Pulisic akan berjaya bersama Chelsea.
Pemain berusia 20 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan nilai £58 juta dan akan kekal bersama kelab lamanya, Borussia Dortmund secara pinjaman hingga akhir musim ini.
Howard yang menyinar bersama Everton disamping pernah beraksi buat Manchester United melihat Pulisic mampu menjadi seorang lagi pemain dari Amerika Syarikat yang mencipta nama di liga paling popular dunia itu.
Selain Howard, seorang lagi contoh pemain Amerika Syarikat yang menyinar di EPL adalah Clint Dempsey.
”Liga Perdana Inggeris itu sendiri menyajikan ujian dan kesusahannya, ia merupakan satu liga yang cukup hebat, ia turun dan naik tetapi dia (Christian Pulisic) membuktikan dia seorang yang kuat walaupun dia bukan orang yang ‘besar’ di dunia.”
”Saya merasakan bakat yang dimilikinya akan membuatkan dirinya sesuai dengan cara permainan Chelsea.”
Dalam masa yang sama, Howard turut melihat pengalaman Pulisic beraksi bersama Borussia Dortmund akan menjadi panduan buatnya bersama kelab besar di EPL.
”Ia merupakan satu kelab yang besar (merujuk kepada Chelsea), tetapi kini dia turut beraksi bersama kelab yang besar (Borussia Dortmund).”
”Dia pergi ke sana (Borussia Dortmund) di bawah Jurgen Klopp dan dia sudah dewasa di sana dan telah banyak belajar mengenai Bundesliga.”