Kerana Maki Penyokong Lawan, Tim Howard Dihukum Gantung Perlawanan & Denda

Sejak berpindah semula untuk beraksi di negara kelahiran, kurang kita mendengar berita mengenai Tim Howard bukan?

Lagenda Everton ini memilih untuk berpindah ke Major League Soccer (MLS) dengan menyertai pasukan Colorado Rapids sebagai perhentian terakhir dalam karier bola sepak beliau yang cukup dengan warna warni.

Namun terbaharu, kita memperoleh khabar berita mengenai beliau namun dalam bentuk yang negatif.

Hal ini kerana, Howard telah terpalit dalam kontroversi ketika perlawanan MLS tempoh hari.

Maki penyokong

Dalam aksi diantara Colorado Rapids menentang Sporting Kansas City, Howard telah didapati melakukan satu tindakan yang tidak sopan terhadap penyokong yang hadir ke stadium.

Situasi ini berlaku selepas beliau diserang oleh provokasi penyokong Sporting Kansas City apabila penyokong tuan rumah yang berada di belakang gol jagaan Howard menjerit kepadanya.

“Pergi balik Colorado lah!,” jerit penyokong Sporting Kansas City itu.

Jeritan penuh provokasi itu membakar hati Howard lalu dibalasnya dengan kata-kata kesat kepada penyokong itu.

“F*ck off, you motherf**ker,” itu respon balas Howard kepada penyokong tersebut yang dirakam ketika itu.

https://twitter.com/nmedrano_17/status/851266904756899840

Dihukum

Tindakan Howard itu telah menyaksikan pihak MLS melakukan tindakan dengan menghukum bekas pemain Everton itu.

Howard digantung 3 perlawanan dan juga dikenakan denda dengan jumlah yang tidak dinyatakan.

Hukuman ini menlengkapkan hari malang Howard ketika beraksi menentang Sporting Kansas City.

Sudahlah memaki penyokong dan didenda, Howard juga terlibat dengan pergaduhan dengan pemain lawan selepas perlawanan.

Howard bertengkar dengan Dom Dwyer sebelum terlibat dengan satu lagi pergaduhan di dalam terowong.

Selain itu, pasukan Howard juga tewas 3-1 kepada pasukan tuan rumah!

Sungguh malang hari Howard, diharap Howard dapat mengawal dirinya walaupun mengalami hari yang tidak baik diatas padang selepas ini.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada pemain-pemain yang lain.

Baca juga: Melaka United Adakan Sesi Dialog Terbuka Bersama Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN