Tiba di Liga Malaysia (Liga-M) dengan reputusi tinggi selaku pemain import dari Eropah, ia bukan jaminan pemain pertahanan Selangor Tim Heubach untuk meninggi diri.
Sungguhpun fizikalnya sememangnya tinggi dengan 1.92 meter, namun pemain berusia 32 tahun itu perlu membuktikan keupayaan dan karismanya terlebih dahulu untuk memikat hati penyokong The Red Giants.
Heubach telah beraksi selama empat musim di kelab Israel Maccabi Netanya dan telah tampil sebanyak 82 kali dan turut menyumbang lima gol buat mereka.
Tim Heubach przechodzi z wolnego transferu z Kaiserslautern do Maccabi Netanya. Kontrakt do 2018 roku. #Mercato pic.twitter.com/kBquaPlP9w
— Mercato LIVE (@TransferLive5) August 3, 2017
Ia merupakan kelab pertamanya di luar Jerman selepas mula beraksi secara profesional bersama Borussia Monchengladbach II, 1. FC Kaiserslautern, dan FSV Frankfurt sejak 2008.
Dalam temubualnya bersama The Star, pemain kelahiran Neuss, Jerman Barat itu mengakui tidak sabar untuk memulakan aksi musim ini sekalipun ianya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Disebabkan oleh situasi semasa, persediaan kami tidak tidaklah terlalu baik. Kurang dari tiga minggu sebelum perlawanan pertama,” ujar Heubach.
“Walaubagaimanapun, ianya sama untuk semua pasukan, jadi kami akan cuba yang terbaik. Saya cuma sempat berlatih dengan pasukan dalam tempoh yang singkat, tetapi setakat ini semuanya berjalan lancar.”
"How excited are you to play for the Red Giants?"
Tim: 🙂😀😁🤩🙂
In case you missed it, full article on our new signing, Tim Heubach ➡️ https://t.co/e4AskO1XYq#KitaAdalahSatu#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/EFtdVSzCik
— Selangor FC (@selangorfc) December 12, 2020
Heubach berkemungkinan besar akan digandingkan bersama seorang lagi pemain import, dari Singapura Safuwan Baharudin yang mempunyai pengalaman luas dalam Liga-M dan ianya pastinya meresahkan setiap pasukan yang akan berdepan dengan Selangor.
“Di sini kami ada banyak pemain-pemain yang bagus, jadi tiada sesiapa yang boleh merasa selesa. Perebutan untuk kesebelasan utama tentunya sengit,” katanya lagi.
“Walaupun terdapat banyak halangan dan cabaran [kerana PKP], saya sudah pun merasai suasana dan pengalaman yang baik di Malaysia dan juga pasukan.
“Suasana di bilik persalinan juga baik dan harmoni. Semua orang bersedia untuk bekerja, tiada wajah yang berkerut, hanya senyuman!”
Prepping for the new season is back underway. Let's continue to work hard lads!#RedGiants#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/8o89wvqRQb
— Selangor FC (@selangorfc) February 15, 2021
Bercakap mengenai jangkaannya untuk Selangor pada musim ini, Heubach berharap beliau dan rakan sepasukannya dapat memenangi perlawanan sebanyak yang mungkin untuk memberi kayakinan kepada penyokong setia mereka.
“Kami mahu penyokong menikmatinya dan berbangga dengan kami. Jika kami dapat melakukannya, kami akan merasai musim yang baik, tetapi sebelum itu, semua orang perlu bekerja keras.”
Kredit Foto: Selangor FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Tim Heubach dan Selangor:
‘Masa Persediaan Tak Cukup’ – Jurulatih Selangor Karsten Neitzel Harap Liga-M Ditangguh Sedikit Lagi
Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra-Musim Singkat