Penyerang berbisa skuad Socceroos, Tim Cahill akhirnya memilih untuk menggantung but sekali gus menokhtahkan perjalanan kariernya dengan gelaran pemain bola sepak terhebat di negaranya.
Bekas pemain Everton yang berusia 39 tahun itu meledak 50 gol sepanjang 108 penampilan untuk skuad kebangsaan Australia dan telah bermain dalam empat edisi Piala Dunia.
🇦🇺Australia's record goalscorer
🦘Australia's top scorer at the World Cup
🌏Scored in three World Cups (2006. 2010, 2014)
⚽️56 Premier League goals
🔵FA Cup finalist with MillwallHappy retirement Tim Cahill 👏#EFC #MillwallFC pic.twitter.com/EX3raFmOhR
— bwin (@bwin) March 28, 2019
Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengintai kontrak baharu susulan hampir tamat tempoh perjajiannya bersama kelab dari Liga Super India, Jamshedpur.
Pada bulan November tahun lalu, Cahill sudah mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa dan dia kini mengintai untuk meneroka karier baharu iaitu sebagai jurulatih.
Tim Cahill @Socceroos career
Debut: 2004 v South Africa@Socceroos record holder in:
Games: 107 (outfield player)
Goals: 50
World Cups: 4
WC Goals: 5
First Australian to score at both the World Cup & Asian Cup FinalsTrophies:
2004 OFC Nations Cup
2015 Asian Cup#ThanksTim pic.twitter.com/aJwEDcTNKq— Fox Sports Lab (@FoxSportsLab) July 17, 2018
“Tidak, saya sudah tua di dalam bola sepak. Saya suka beraksi, anda tahu 39, mempunyai pengalaman enam bulan di India.
“Bagaimanapun saya berminat untuk berada di dalam televisyen, kini saya sudah memulakan lesen A kejurulatihan dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan berhibur sedikit.
“Saya mengambil masa untuk belajar lagi dan menjalani asas kejurulatihan selama beberapa jam,” katanya.
The most powerful thing is chasing your dreams,as a kid all I ever wanted to be was a footballer. It's been amazing to have played the game I love professionally for 23 years.I want to say thank you to everyone that was a part of this journey.Time to retire and more family time. pic.twitter.com/bLNMa8xwwd
— Tim Cahill AO (@Tim_Cahill) March 29, 2019
Cahill, yang dilahirkan di Sydney oleh ibunya yang mempunyai kerakyatan Samoa, memulakan karier antarabangsanya untuk pasukan bawah-20 Western Samoa dan hanya menjadi sebahagian daripada Socceroos pada 2004 selepas berjaya melobi kepada FIFA.
Dua tahun kemudian di Jerman, dia muncul pemain pertama dari Australia menjaringkan gol di Piala Dunia, dan terus menjaringkan gol di dua Piala Dunia seterusnya pada 2010 dan 2014.