Tim Cahill Ucap Selamat Tinggal Dalam Perlawanan Penuh Emosi

Penyokong dan peminat bola sepak Australia akhirnya mengucapkan selamat tinggall kepada karier bola sepak Tim Cahill – apabila pemain itu tampil buat kali terakhir untuk negaranya.

Cahill melakukan penampilan ke-108 dalam kemenangan 3-0 ke atas Lebanon dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium ANZ, Sydney semalam.

Pemegang rekod jaringan Australia

Cahill, 38, melakukan penampilan sebagai pemain gantian pada minit ke-82 – selepas dua gol oleh Martin Boyle dan jaringan Mathew Leckie memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Walaupun tidak menjaringkan gol dalam perlawanan ini, Cahill masih lagi adalah pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Australia dengan 50 gol.

SYDNEY, AUSTRALIA – NOVEMBER 20: Tim Cahill of Australia poses with supporters in the crowd after playing his final match for Australia in the International Friendly Match between the Australian Socceroos and Lebanon at ANZ Stadium on November 20, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Mark Kolbe/Getty Images)

“Hanya di sini anda berpeluang melihat saya menangis,” ujar Cahill penuh emosi selepas perlawanan tamat.

“Setiap kali saya memakai pakaian berwarna hijau dan kuning keemasan ini, saya beaksi dengan sepenuh hati tanpa sebarang penyesalan. Terima kasih Australia.”

Perlawanan untuk Cahill

Pengurus dan jurulatih skuad Australia, Graham Arnold turut berkata: “85 minit pertama perlawanan adalah mengenai prestasi keseluruhan pasukan. Baki lima minit lagi segalanya adalah untuk Timmy.”

Cahill adalah pemain kedua terbanyak dari segi penampilan untuk Australia – kurang satu perlawanan di belakang bekas penjaga gol, Mark Schwarzer yang merekodkan 109 penampilan.

SYDNEY, AUSTRALIA – NOVEMBER 20: Tim Cahill of Australia thanks fans following the International Friendly Match between the Australian Socceroos and Lebanon at ANZ Stadium on November 20, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Cameron Spencer/Getty Images)

Bekas pemain tengah menyerang yang pernah beraksi untuk Everton dan Milwall itu adalah pemain Australia pertama yang pernah menjaringkan gol di Piala Dunia – ketika Australia menewaskan Jepun 3-1 di saingan peringkat kumpulan pada 2006.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN