Tiket Serendah RM20 Untuk Menyaksikan Perlawanan Amal ‘JDT All-Stars’

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan harga tiket untuk perlawanan amal ‘JDT All-Stars’ yang akan berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Menurut kenyataan daripada JOHOR Southern Tigers, para penyokong JDT boleh dapatkan tiket perlawanan tersebut mulai hari ini di kaunter tiket khas.

“Penyokong yang menghadiri perlawanan Liga Super menentang Selangor pada hari Rabu, 19 Jun 2019 akan menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan tiket perlawanan ‘JDT All-Stars Friendly’ apabila kaunter tiket khas akan dibuka esok (hari ini) dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan tiket perlawanan tersebut berharga RM50 (Tempat Berbumbung), RM30 (Pintu C) dan RM20 (Pintu A&B). Kaunter juga akan dibuka antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dari 20 hingga 30 Jun (tertakluk sekiranya masih ada). Pembelian tiket atas talian boleh didapati di www.tickethotline.com.my.

Selain itu, para pemegang tiket juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti motosikal, barangan elektronik serta cenderahati.

Siapa pemain berkelas dunia yang akan hadir?

Antara nama-nama pemain berkelas dunia yang akan beraksi dalam satu pasukan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ialah Ronaldo, Robert Pires, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda serta dibantu oleh beberapa pemain JDT.

Turut beraksi dalam perlawanan itu tetapi dalam pasukan ‘JDT Rest Of The World’ ialah Louis Saha, Bebeto, Caniggia, Rivaldo, Edgar Davids dan Marquez bersama pemain serta pengarah teknikal JDT, Martin Prest.

Mereka juga akan mengadakan sesi ’coaching clinic’ bersama para pelatih JDT Akademi di Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan menghadiri sesi ‘meet & greet’ bersama penyokong-penyokong bertuah di JDT Café pada 1 Julai.

PBNJ sasar kutipan sejumlah RM500,000

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ mensasarkan sejumlah RM500,000 hasil jualan tiket pada perlawanan amal tersebut untuk disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim berkata dalam Berita Harian, sasaran itu tampak realistik memandangkan peminat bola sepak, bukan sahaja di Johor malah ada dari luar Johor turut akan menyaksikan perlawanan itu.

“Semua hasil jualan tiket akan didermakan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation. Malah 50 pesakit kanser yang terpilih akan hadir menyaksikan perlawanan itu.

“Tarkih perlawanan pada 30 Jun nanti sempena hari keputeraan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan turut beraksi dalam perlawanan itu. Semua perancangan bagi mengadakan perlawanan amal itu adalah hasil cetusan idea Tunku Ismail.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN