Kurang Sambutan, Jualan Tiket Final Shopee Piala FA Suram

tiket

Menurut laporan Berita Harian, jualan tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA 2018 didapati perlahan. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, sambutan kali ini tampak suram.

Berita Harian telah membuat tinjauan di Stadium Darul Makmur awal pagi tadi dan mendapati kaunter jualan lengang walaupun tiada had kouta yang dilaksanakan kali ini.

Pada jam 9.30 pagi, hanya terdapat kira-kira 50 orang penyokong Pahang dilihat sedang beratur di kaunter jualan tiket dan selepas 10 minit, 8 kaunter yang disediakan lengang.

Adakah ianya disebabkan faktor demam Piala Dunia 2018? Tidak dapat dinafikan, walaupun mungkin kecil, demam Piala Dunia juga menyumbang kepada sambutan kali ini.

tiket
FOTO: Asrol Awang/BH

Kelmarin, Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd menyatakan kepada media keyakinannya bahawa tiket final Piala FA kali ini akan habis dijual.

“Mungkin kita perlu terima hakikat bahawa Piala Dunia menjejaskan kehadiran penonton dalam aksi liga dan separuh akhir Piala FA sebelum ini.

“Tapi bagi aksi final ini, kita dapat merasakan 80,000 tiket yang dicetak itu akan habis dijual,” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA.

Semakan kehadiran untuk pentas final sejak 2010 mendapati jumlah kehadiran penyokong untuk 8 edisi itu tidak kurang dari 70,000 di Bukit Jalil dan 60,000 di Stadium Shah Alam.

Dan jadual untuk edisi 2010 dan 2014 ketika itu juga didapati tidak bertindih dengan kejohanan Piala Dunia. Adakah kehadiran penyokong akan berkurangan kali ini?

Sementara itu, pengurus Pahang,  Datuk Mohammed Suffian Awang berharap para penyokong Tok Gajah akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Saya harap penyokong Pahang dapat ke Stadium Bukit Jalil memberikan sokongan selepas dikecewakan Kedah musim lalu di Stadium Shah Alam.

tiket
FOTO: UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

“Dengan stadium berbeza, saya harap tuah akan menyebelahi Pahang musim ini selepas kali terakhir menjulang Piala FA pada 2014,” ujarnya kepada Berita Harian.

Untuk makluman, kedua-dua pasukan diperuntukkan 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang masing-masing berharga RM50 dan RM5.

Dan baki 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian melalui www.shopee.com.my dan www.tickethotline.com.my.

Media sosial pasukan dan penyokong kedua-dua pasukan serta juga media tempatan perlu mengembleng tenaga dan memainkan peranan untuk mempromosikan aksi final kali ini.

Ayuh penyokong The Red Giants dan Tok Gajah! Tinggalkan Piala Dunia untuk seketika dan zahirkan sokongan buat pasukan kesayangan anda dengan berada di stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN