Tiket perlawanan sudah pun mulai dijual. Poster yang digunakan untuk menghangatkan suasana perlawanan dan sebagai hebahan turut sudah diedarkan dan dikongsi di media sosial.
Malang sekali Sri Pahang FC terpaksa menarik diri daripada pertandingan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada musim ini sehingga menyebabkan penganjur, Kuala Lumpur City FC (KL City) mencari lawan lain untuk perlawanan yang dijadualkan pada 17 Februari itu.
Perlawanan tersebut sepatutnya diadakan pada 17 februari hadapan. Ini bermakna KL City yang menganjurkan perlawanan tersebut mempunyai kurang daripada dua hari untuk mencari lawan baharu.
Kenyataan kelab mengenai penarikan diri Sri Pahang FC daripada Piala Menteri Wilayah Persekutuan.
Walaubagaimanapun, Piala Menteri Wilayah Persekutuan akan diteruskan seperti biasa dengan pasukan yang berbeza. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi. pic.twitter.com/V2rUDjkNoz
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 15, 2022
Melalui satu kenyataan media yang disiarkan, KL City mengesahkan perlawanan tersebut tetap diteruskan dengan lawan baharu yang akan ditetapkan kemudian.
Sedih dengan apa yang berlaku, KL City menganggap penarikan diri Sri Pahang sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan tidak bernasinb baik.
Penjelasan Sri Pahang FC
Berdasarkan penjelasan yang turut disiarkan oleh Sri Pahang FC, punca sebenar penarikan diri kelab daripada pertandingan tersebut adalah disebabkan isu keselamatan.
“Dengan berat hati, dimaklumkan bahawa Sri Pahang FC telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di perlawanan persahabatan pra-musim Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang KL City pada 17 Februari ini.
Dengan berat hati, dimaklumkan bahawa Sri Pahang FC telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di perlawanan persahabatan pra-musim Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang KL City pada 17 Februari ini. pic.twitter.com/YhGldVnwZX
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 15, 2022
Tapi ini tak bermaksud koi dengan aok dah settle tahu @KLCityFootball 😏
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 15, 2022
“Kami memahami keputusan ini pastinya mengecewakan penyokong namun kesihatan dan keselamatan awam serta semua yang bakal terlibat di dalam perlawanan ini adalah menjadi keutamaan pada ketika ini.
‘Kami juga memohon maaf kepada penganjur atas keputusan minit akhir ini dan mengharapkan persiapan KL City untuk aksi Piala Sumbangsih pada 26 Februari tetap berjalan lancar,” ujar kenyataan tersebut.
Siapa bakal pengganti?
Sehingga artikel ini ditulis, belum dipastikan kelab manakah yang bakal menjadi pencabar baharu KL City. Sebelum ini Sri Pahang dipilih selepas adegan cabar mencabar dilakukan di ruangan Twitter.
Jika cabaran sedemikian diambil kira, maka KL City sudah pun mendapat lawan baharu kerana dicabar oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas menyedari penarikan diri Sri Pahang.
Ada yang tarik diri? Berani ka @KLCityFootball lawan Kedah?
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 15, 2022
Bagaimana pun KDA FC kini sedang berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk bertanding di satu lagi pertandingan jemputan, Piala Sabah Maju Jaya yang melibatkan empat pasukan.
Jika KDA FC yang menjadi lawan baharu KL City, maka tarikh lain harus dipilih untuk Piala Menteri Wilayah Persekutuan kerana KDA FC dijadualkan berada di Kota Kinabalu sehingga 18 Februari.