Pro Evolution Soccer (PES) pada zaman PlayStation 2 (PS2) merupakan raja permainan video bola sepak.
Edisi PES 5 & PES 6 merupakan antara edisi PES yang terbaik pernah Konami hasilkan menurut peminatnya.
Dan siapa yang boleh lupakan pemain-pemain seperti Castolo, Shimizu dan Minanda? Mereka inilah antara pemain awal yang anda perlu uruskan ketika kali pertama anda bermain Master League.
Ketika zaman permainan konsol ini sudah memasuki era next-gen, Castolo dan rakan-rakan telah pun ‘bersara’.
Dan kini mereka menjadi agen pemain di mode MyClub – mode yang dicipta untuk bersaing dengan mod FIFA Ultimate Team yang dicipta pesaing Konami, EA Sports.
Namun, ada satu pemain yang tidak lagi “bersara”. Namanya adalah Tijani Babangida dari Nigeria.
Beliau adalah pemain yang wujud dalam dunia sebenar, tidak seperti Castolo dan rakan-rakan yang direka sahaja.
Babangida sangat dikenali oleh peminat PES sebagai pemain paling laju pernah ada dalam database PES. Pemain ini pernah menyarung jersi Roda JC dan Ajax Amsterdam pada sekitar tahun 90-an dan awal 2000.
Beliau mempunyai stats yang sangat menakjubkan, berikut kami sediakan “stats” pada PES 1997 :
- Attack: 79
- Defence: 46
- Balance: 75
- Stamina: 88
- Top Speed: 94
- Acceleration: 99
- Response: 80
- Agility: 96
- Dribble Accuracy: 90
- Dribble Speed: 97
- Short Pass Accuracy: 77
- Short Pass Speed: 73
- Long Pass Accuracy: 85
- Long Pass Speed: 82
- Shot Accuracy: 74
- Shot Power: 82
- Shot Technique: 74
- Free Kick Accuracy: 71
- Curling: 83
- Header: 75
- Jump: 82
- Technique: 85
- Aggression: 88
- Mentality: 70
- Keeper Skills: 50
- Team Work: 69
Babangida kembali sebagai ‘Legends’ dalam siri MyClub disamping 5 pemain lain iaitu Oliver Khan, Roberto Baggio, Roberto Carlos, Luis Figo dan Filipo Inzaghi.
Babaginda boleh dimuat turun secara percuma namun pada masa yang terhad sahaja sebelum 21 April 2016. Jadi jika anda merupakan pemain MyClub, dapatkan ikon PES ini segera!
Baca juga: Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016