Tiga Rekod Pertemuan Uruguay Dan Perancis Dalam Kejohanan Piala Dunia

uruguay

Perlawanan pertama peringkat suku akhir bakal mempertemukan wakil Amerika Latin, Uruguay dan naib juara Piala Eropah iaitu Perancis pada hari Jumaat, 6 Julai 2018.

Menarik untuk disaksikan perlawanan ini dimana Perancis dan Uruguay masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Bagi merasai debaran perlawanan itu nanti, mari kita saksikan tiga pertemuan terdahulu bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan Piala Dunia :

1. Uruguay 2-1 Perancis (Piala Dunia 1966)

World Cup Finals, 1966, White City Stadium, England, 15th July, 1966, Uruguay 2 v France 1, Action during the two team’s Group One match. (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Uruguay berjaya menewaskan Perancis 2-1 pada pertemuan pertama mereka bagi kedua-dua pasukan dalam edisi Piala Dunia.

Piala Dunia 1966 di England menyaksikan skuad Uruguay tampil dengan misi untuk merangkul gelaran Piala Jules Rimet buat kali ketiga negara tersebut setelah kali terakhir berjaya diperolehi pada tahun 1950.

Bagi Perancis pula, pastinya beraksi di benua Eropah sedikit memberi kelebihan keatas mereka untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan itu.

Namun, kedua-dua pasukan terlebih dahulu terpaksa berputih mata selepas gagal memperoleh kemenangan dalam aksi sulung mereka bagi kumpulan A apabila Uruguay seri 0-0 dengan England manakala Perancis terikat 1-1 dengan Mexico.

Jadi perlawanan kedua ini adalah titik penentu perjalanan bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan tersebut.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium White City, London terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan Perancis menerusi sepakan penalti dari Hector De Bourgoing pada minit ke-15.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad bimbingan Ondino Viera lantas mengatur serangan.

Dua belas minit kemudian menyaksikan pemain tengah Uruguay, Pedro Rocha berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang apabila beliau membuat rembatan terus ke gawang gol menewaskan penjaga gol Perancis, Marcel Aubour.

Uruguay terus mengukuhkan kedudukan selepas Julio Cortes berjaya menghasilkan gol kedua Uruguay pada minit ke-32 untuk jaringan kemenangan buat Uruguay.

2. Perancis 0-0 Uruguay ( Piala Dunia 2002 )

Bixente Lizarazu of France and Alvaro Recoba of Uruguay during the World Cup match between France and Uruguay on 6th June 2002 at Asiad Main Stadium, Busan, South Korea ( Photo by Eric Renard / Onze / Icon Sport )

Selepas 36 tahun, Uruguay kembali bertemu Perancis setelah kedua-dua pasukan diundi berada dalam kumpulan A bersama Denmark dan Senegal.

Namun, tahun 2002 merupakan edisi Piala Dunia yang terburuk sepanjang penampilan mereka dalam kejohanan itu. Kedua-dua pasukan telah tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Perlawanan kedua yang diadakan di Stadium Utama Asiad, Busan menyaksikan kedua-dua pasukan hanya sekadar mampu meraih satu mata selepas terikat tanpa jaringan sehingga tiupan wisel penamat.

Lebih perit, skuad Perancis terpaksa menelan kepahitan pada perlawanan tersebut apabila penyerang sensasi mereka, Thierry Henry telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada separuh masa pertama perlawanan.

3. Uruguay 0-0 Perancis ( Piala Dunia 2010 )

Bakary Sagna of France blocks the run by Luis Suarez of Uruguay during the 2010 FIFA

Pada Piala Dunia 2010, Uruguay dan Perancis sekali lagi diundi berada dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico.

Berbanding tahun 2002, Uruguay tampil lebih bergaya selepas berjaya menjadi juara peringkat kumpulan, namun sebaliknya bagi Perancis yang terpaksa pulang awal selepas berada ditangga terakhir kumpulan.

Perlawanan kedua peringkat Kumpulan A, yang diadakan di Stadium Cape Town sekadar menyaksikan Perancis dan Uruguay berkesudahan seri tanpa jaringan pada hari pembukaan Piala Dunia.

Malang menimpa Uruguay apabila terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain pada sembilan minit terakhir perlawanan di Cape Town selepas pemain Nicolas Lodeiro diperintah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

Namun, peluang itu gagal dimanfaatkan Perancis untuk mencuri tiga mata penuh kerana Uruguay lebih banyak menekankan corak permainan bertahan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN