Tiga Perlawanan Serie A Ditangguhkan Kerana Coronavirus

Perlawanan di antara Inter Milan dan Sampdoria merupakan salah satu daripada tiga perlawanan Serie A yang ditangguhkan berikutan kebimbangan penularan wabak Coronavirus yang sedang melanda Itali ketika ini.

Penggantungan tiga perlawanan itu telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte termasuk perlawanan membabitkan Atalanta menentang Sassuolo dan Verona menentang Cagliari.

“Menteri Sukan, Vicenzo Spadafora telah menyatakan hasratnya supaya semua acara sukan yang telah dirancang pada Ahad di wilayah Veneto dan Lombardy ditangguhkan,” kata Conte.

Inter Milan telah pun mengumumkan penangguhan tersebut menerusi akaun Twitter. Beberapa perlawanan lain yang dijadualkan pada Sabtu turut ditangguhkan.

Tindakan tersebut diambil selepas dua rakyat tempatan di wilayah berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 78 tahun dan seorang wanita 75 tahun meninggal dunia disebabkan Coronavirus. Malah ketika ini dicatatkan lebih 80 orang di negara itu telah disahkan positif.

Tiga perlawanan lain melibatkan Genoa menentang Lazio, Torino melawan Parma serta Roma berdepan Lecce akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan.

Setakat ini pihak Serie A masih belum memaklumkan bilakah tiga perlawanan yang ditangguhkan tersebut akan dimainkan semula.

Ekoran penangguhan itu, Inter Milan terpaksa melupakan hasrat untuk mengurangkan jarak perbezaan mata dengan pendahulu liga, Juventus yang telah menang dalam perlawanan pada Sabtu dan kini selesa mendahului dengan enam mata mengatasi Inter.

https://twitter.com/soloveonews/status/1231397854616465409?s=20

Di China ketika ini 75,567 kes jangkitan telah disahkan termasuk 2,239 kematian direkodkan. Sementara di luar China pula telah mencatatkan lebih 1,200 kes dan membabitkan lapan kematian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN