Tiga Pengadil Tempatan Diberi Surat Amaran Oleh Jawatankuasa FAM

Pengadil

Gara-gara kerana mutu pengadilan yang kurang memuaskan, Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah memberi surat amaran kepada seorang pengadil dan dua pembantu pengadil.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pengerusinya, ACP Md Dali Wahid melalui laporan dalam Stadium Astro. Walaupun nama pengadil tersebut tidak didedahkan namun Dali menegaskan pihaknya sentiasa mengambil maklum kritikan terhadap mutu pengadilan dalam Liga Malaysia musim ini.

Dali juga mengakui jawatankuasa pengadil badan induk itu tidak berpuas hati dengan kualiti beberapa pengadil tempatan selepas dinilaikan prestasi mereka dalam 5 perlawanan Liga Super.

“Terdapat dua insiden yang sama berlaku di Melaka (aksi Melaka berdepan Kuala Lumpur) dan di Kedah (Kedah bertemu PKNS). Bagaimanapun, pengadil perlawanan telah memberikan keputusan yang berbeza,” katanya.

Maka, tidak hairanlah beberapa keputusan kontroversi sering mewarnai perlawanan Liga Super musim lalu menyebabkan beberapa pengadil digesa untuk memperbaiki prestasi masing-masing.

Sementara itu, Dali mengakui keputusan berbeza oleh pengadil berhubung insiden pemain menghantuk kepala mungkin disebabkan perbezaan situasi.

Beliau merujuk kepada insiden layangan kad merah pertahanan Kedah, Renan Alves, dan layangan kad kuning pemain Kuala Lumpur, Paulo Josue, walaupun melakukan kekasaran yang sama.

“Prestasi pengadil perlawanan itu memaksa jawatankuasa pengadil untuk dikenakan tindakan kerana gagal memberikan keputusan yang tepat,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN