Tiga Pengadil Tempatan Bakal Digantung Tugas Kerana Buat Keputusan Meragukan

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Md Dali Wahid mengesahkan sekurang-kurangnya tiga pengadil tempatan bakal digantung tugas setelah didapati membuat keputusan yang meragukan ketika mengadili perlawanan Liga Malaysia.

Bercakap dalam Harian Metro, Dali berkata keputusan penggantungan tersebut akan diumumkan setelah pihaknya meneliti bukti dan aduan yang diterima oleh badan induk bola sepak negara itu.

“Saya boleh sahkan ada sekurang-kurangnya tiga pengadil akan dikenakan tindakan penggantungan untuk tempoh tertentu berdasarkan aduan dan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa pengadil FAM.

“Kami mengambil bukti merangkumi tayangan video dan keterangan daripada pengadu serta pengadil sebelum menjatuhkan hukuman itu.

“Tindakan tegas diambil supaya pengadil lebih berhati-hati dalam membuat keputusan selain mahu menjaga imej serta integriti mereka,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Pengadil

Minggu lalu, pengadil perlawanan Selangor menentang Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam menimbulkan kontroversi apabila memberi penalti kepada pasukan pelawat meskipun pada awalnya jaringan mereka tidak sah kerana berada di kedudukan ‘off side’.

Malah, Dali turut mendedahkan FAM telah menerima 10 aduan daripada pegawai penilai pengadil. Lima laporan pula diterima daripada pasukan sepanjang 15 perlawanan sebelum ini sekali gus memerlukan tindakan segera bagi mengelak kredibiliti pengadil terus dipertikaikan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pengadil FAM sudah mengantung lima pengadil yang didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam perlawanan sehingga mengundang cemuhan daripada pegawai pasukan dan peminat bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, pengadil yang didapati bersalah tidak akan diberi peluang kedua dan mereka terus dikenakan hukuman penggantungan jika didapati membuat keputusan meragukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN