Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd, Fazli Mohammad mengesahkan pihaknya sedang memburu tiga pemain yang berstatus ‘bintang’ bagi memperkuatkan pasukan Kelantan mengharungi saingan Liga Premier musim ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain tersebut dan menjelaskan mereka kini dalam peringkat rundingan untuk membawa pemain tersebut ke Kota Bahru.
“Setakat ini kita dalam peringkat perundingan untuk membawa masuk pemain berkenaan bagi memperkasakan lagi TRW.
“Kesemua pemain ini kita akan bawa masuk sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain di tutup pada 20 Febuari ini,” katanya kepada utusan Malaysia
Fazli memberitahu, kemasukkan pemain bintang itu dijangka memberikan lebih kekuatan dalam menarik semula ‘pemain ke-12’ ke stadium.
Sebelum ini timbul khabar angin di media sosial yang mengatakan pemain dimaksudkan itu ialah bekas penyerang skuad kebangsaan yang beraksi dengan pasukan Perlis iaitu Safee Sali.
Safee dilihat telah bertemu CEO KRW tersebut bersama seorang lagi pemain Perlis di Kuala Lumpur. Namun beliau menafikan akan menyertai skuad TRW sebaliknya menjelaskan pertemuan itu hanyalah sekadar minum petang.
Menjelang pintu perpindahan #LigaPerdana2019 yang bakal ditutup tak lama lagi.
🔜 Jersi nombor 9 yang masih lagi kosong menimbulkan tanda tanya. Hari ini, CEO Krw Sdn Bhd 'borak santai' bersama Safee Sali 🤔
Coincidence? 👀
📷: Zuraimi Zukri#Trw2019 #TransferRumour pic.twitter.com/rpWkAAMfeo
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) February 5, 2019
Isu tunggakan gaji yang melanda pasukan Perlis ketika ini mungkin akan jadi sebab utama Safee berhijrah ke pasukan lain. Menurut sumber, difahamkan perlawanan menentang UiTM FC semalam menjadi perlawanan terakhir Safee dan rakan-rakan seandainya gaji yang dituntut sejak Disember masih belum dilangsaikan.
Selain safee, pemain sayap, Khyril Muhaimeen Zambri, dan pertahanan, Nasriq Baharom, turut dijangka angkat kaki manakala pemain tengah, Badhri Radzi dilihat sedang bersama pemain pasukan Kelantan United.