Tiga Negara Mungkin Akan Bergabung Anjurkan Piala Dunia 2030

Kejohanan Piala Dunia 2030 kemungkinan bakal dianjurkan oleh dua benua apabila Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez bercadang untuk mengajak Portugal dan Maghribi membida hak penganjuran Piala Dunia.

“Saya membuat cadangan, pertama sekali kepada kerajaan kemudian Raja Mohammed VI untuk melancarkan permohonan bersama Maghribi, Portugal dan Sepanyol untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

“Ini akan menjadi permohonan pertama melibatkan dua benua iaitu Eropah dan Afrika dan Raja Mohammed VI menyambut baik dengan cadangan tersebut,” kata Sanchez seperti dipetik dalam Mirror Football.

Awal tahun ini, Rajam Mohammed menitahkan agar Persekutuan Bola Sepak Diraja (FRMF) melancarkan bidaan Piala Dunia secara sendirian bagaimanapun pejabat Perdana Menteri, Saad Eddine el Othmani enggan mengulas mengenai kenyataan Sanchez.

Sebelum ini, negara Afrika utara itu gagal sebanyak lima kali untuk mengadakan kejohanan berprestij di dunia itu di pesisiran pantai selatan Mediterranean selepas dipintas oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang akan menganjurkannya pada 2026.

Uruguay, Argentina dan Paraguay turut membida hak penganjuran Piala Dunia 2030

Uruguay, Argentina dan Paraguay sudah pun membida untuk menganjurkan kejohanan itu pada 2030 sebagai tanda memperingati 100 tahun selepas penganjuran Piala Dunia yang pertama.

FOTO: FIFA

Greece, Bulgaria, Romania dan Serbia juga berhasrat untuk menyertai pembidaan tersebut begitu juga dengan England bersama Ireland. Proses bidaan rasmi bakal diadakan pada 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN