Tiga Kelab Thailand Bakal Uji Muka Baharu Skuad Malaysia B-23

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia (B-23), Datuk Ong Kim Swee menjadikan Thailand sebagai destinasi untuk memilih pemain terbaik sebagai persiapan menghadapi kejohanan AFF B-22 dan kelayakan AFC B-23 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Februari dan Mac 2019.

Mereka akan berangkat ke Bangkok pada hari ahad ini dengan tiga perlawanan persahabatan telah diaturkan di sana melibatkan kelab yang beraksi dalam saingan divisyen 2 Liga Thailand.

“Selepas perlawanan Piala Newspaper, kita sudah mengenalpasti beberapa pemain yang akan mengisi slot yang ditinggalkan bekas pemain B-23 dan kita akan membawa mereka ke latihan pusat yang berlangsung esok (hari ini).

“Kita akan bertemu kelab divisyen dua Liga Thailand iaitu Bangkok Glass, Army United dan Ayutthaya United di mana saya akan menganalisis beberapa lagi pemain sebelum dibawa untuk aksi AFF B-22 di Kemboja, bulan depan.

“Apa yang paling penting ialah saya perlu mendapatkan pemain terbaik sebelum pusingan Kelayakan B-23 AFC 2020 bermula, Mac depan,” katanya dalam Berita Harian.

Walaupun sesi latihan pusat kali ini tanpa kehadiran tonggak utama seperti Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Akhyar Rasid, Ong Kim Swee menjelaskan pemain tersebut akan dipanggil untuk mengharungi pusingan Kelayakan AFC B-23 nanti.

“Berdasarkan pemilihan pemain ke Vietnam sebelum ini dan Bangkok, banyak lagi pemain baharu dan saya percaya kita perlu melihat kepada pemain lain daripada menitikberatkan pemain yang kita sudah kenali.

“Meskipun tidak dipanggil kali ini, mereka (Safawi, Syamer, Akhyar) sudah tentu akan beraksi untuk kelayakan nanti kerana mereka adalah pemain tonggak buat pasukan B-23,” katanya.

Kelayakan AFC B-23 akan berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan anak buah Kim Swee diundi dalam Kumpulan J bersama China, Laos dan Filipina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN