Tiga Kegagalan Barcelona Di Suku Akhir Menjadi Pencetus Kejuaraan Eropah Buat Real Madrid

Kegagalan Barcelona melayakkan diri ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk musim ini menjadi berita gembira buat Los Blancos (Real Madrid).

Apa yang menarik, menurut statitik beberapa musim yang lalu, kejayaan Real Madrid di pentas tertinggi Eropah itu telah diwarnai dengan keputusan negatif dari kem Barcelona di peringkat suku akhir.

Apakah ianya hanya kebetulan? Mari kita imbas kembali tiga detik-detik kegagalan Barcelona dengan membawa kejayaan Real Madrid untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

1. Liga Juara-Juara Eropah 2013/14

Barcelona bermula garang pada peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/14.

Barcelona diundi berada di kumpulan H bersama Ajax Amsterdam, Celtic dan AC Milan. Barcelona menjuarai kumpulan H dengan mengumpul 13 mata.

Barcelona layak ke peringkat 16 pasukan terbaik undi bertemu Manchester City. Menghadapi Manchester City, Barcelona berjaya menewaskan kelab Inggeris tersebut dengan agregat 4-1.

Namun, kemaraan skuad Barcelona di pentas Liga Juara-Juara Eropah ketika itu terkubur di peringkat suku akhir selepas mereka gagal menewaskan Atletico Madrid.

Barcelona yang diperkuatkan dengan kehadiran bintang Brazil Neymar, ternyata masih gagal membantu Barcelona menewaskan Altetico Madrid di peringkat suku akhir.

Di peringkat suku akhir, Barcelona berjaya diikat Atletico Madrid 1-1 di Camp Nou sebelum kecundang 1-0 dalam aksi timbal balik ditempat lawan.

BARCELONA, SPAIN – MAY 17: Juanfran of Atletico de Madrid celebrates with his teammate Filipe Luis after Diego Godin of Atletico de Madrid scored his team’s first goal during the La Liga match between FC Barcelona and Club Atletico de Madrid at Camp Nou on May 17, 2014 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Real Madrid pula berjaya mengaibkan gergasi Jerman, Bayern Munich dengan keputusan agregat 5-0.

Estádio da Luz, Lisbon menjadi saksi pertemuan “Madrid Derby” dipentas Eropah.

Real Madrid yang dibarisi dengan pemain yang berada dalam prestasi cemerlang ketika itu sama sekali tidak memberikan peluang buat Atletico Madrid untuk mencipta kejutan dalam aksi akhir.

Real Madrid menang bergaya 4-1 dalam perlawanan tersebut, hasil jaringan Sergio Ramos, Gareth Bale, Marcelo dan Cristiano Ronaldo.

Manakala gol tunggal Altetico Madrid disumbangkan oleh Diego Godin.

2. Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Membawa status selaku juara bertahan, Barcelona tampil lebih agresif dalam saingan kumpulan. Mereka diundi bersama pasukan AS Roma, Bayer Leverkusen dan BATE Borisov.

Beraksi pada peringkat kumpulan seperti jalan mudah buat skuad kendalian Luis Enrique ketika itu. Mereka berjaya meraih 4 kemenangan dan 2 seri dengan mengumpul 14 mata keseluruhan.

Melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik, Barcelona seperti memberi bayangan awal bahawa mereka bakal merangkul kejuaraan kali ini.

Menundukkan Arsenal dengan agregat 5-1, Barcelona menempah tiket ke suku akhir dan diundi bertemu Atletico Madrid.

Seperti tragedi berulang kembali, sekali lagi Atletico Madrid berjaya memusnahkan impian Barcelona untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, apabila berjaya menewaskan Barcelona dengan agregat 3-2.

MADRID, SPAIN – APRIL 13: Lionel Messi (R) of FC Barcelona controls the ball during the UEFA Champions League quarter final, second leg match between Club Atletico de Madrid and FC Barcelona at the Vincente Calderon on April 13, 2016 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Atletico Madrid layak ke pentas akhir dan bertemu Real Madrid. Sekali lagi, Real Madrid berjaya memenangi perlawanan “Madrid Derby” tersebut dengan penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan.

3. Liga Juara-Juara Eropah 2016/17

Menewaskan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain diperingkat 16 pasukan terbaik membuatkan skuad Barcelona terus diramal bakal meragnkul kejuraan ketika itu.

Ditewaskan 4-0 di Paris membuatkan peminat bolasepak sudah mula beranggapan itu adalah jalan terakhir bagi Barcelona dalam kempen 2016/17.

Namun, segalanya berubah apabila Barcelona kembali bangkit di Camp Nou dengan mengejutkan Paris Saint-Germain dengan menghasilkan jaringan besar 6-1.

Sekaligus Barcelona layak ke peringkat suku akhir dengan keputusan agregat 6-5.

Kemenangan bergaya diperingkat 16 pasukan terbaik itu ternyata masih gagal dimanfaatkan Barcelona ketika diundi bertemu Juventus di peringkat suku akhir.

Juventus berjaya mencalarkan ego Barcelona dengan menumpaskan gergasi Sepanyol tersebut dengan keputusan agregat 3-0.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 19: Neymar of Barcelona attempts to get away from Miralem Pjanic of Juventus during the UEFA Champions League Quarter Final second leg match between FC Barcelona and Juventus at Camp Nou on April 19, 2017 in Barcelona, Spain. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Stadium Millennium, Cardiff menjadi saksi apabila Real Madrid merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-12 sepanjang sejarah kelab itu ditubuhkan.

Real Madrid menewaskan Juventus 4-1 dan Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol untuk Real Madrid.

Penutup

Apakah kegagalan Barcelona di peringkat suku akhir untuk saingan musim ini menjadi petanda bahawa kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ketiga berturut-turut bakal menjadi milik Real Madrid?

Namun, kali ini lawan Real Madrid di pentas separuh akhir bertemu Bayern Munich. Satu lawan yang cukup sukar buat anak buah Zinedine Zidane itu.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini cukup seimbang. Kedua-dua pasukan sudha bertemu hampir 24 perlawanan. Kedua-dua pasukan meraih 11 kemenangan dan dua seri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN