Tiga Individu Di FC Cologne Positif COVID-19, Apa Nasib Bundesliga?

FC Cologne

Pasukan liga utama Jerman, FC Cologne telah mmemaklumkan latihan pasukan akan tetap diteruskan walaupun terdapat tiga individu di kelab itu telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab Bundesliga tersebut, seluruh skuad yang terdiri daripada pemain dan staf kejurulatihan telah pun membuat saringan pada Khamis.

“Tiga orang disahkan positif selepas jalani ujian saringan, tetapi mereka semua bebas dari sebarang simptom.

“Selepas kes tersebut dibuat penilaian oleh pihak autoriti kesihatan yang bertanggungjawab, ketiga-tiga mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah,” 

Dalam kenyataan tersebut juga, pihak kelab menyatakan mereka tidak akan mededahkan nama bagi menghormati privasi mereka yang terlibat dengan kes tersebut.

Ketika semua kelab Bundesliga sudah kembali menjalani latihan, mereka masih perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk menilai sama ada sesuai atau tidak untuk kembali menyambung semula saingan musim ini.

Dengan kes yang terbaharu di kelab FC Cologne itu, ia menimbulkan keraguan yang lebih besar adakah wajar untuk kembali meneruskan perlawanan yang boleh memberi risiko yang tinggi kepada pemain ataupun lebih baik saingan ditamatkan.

Kerajaan Jerman pada Khamis menangguhkan keputusan mereka untuk membenarkan liga disambung semula memandangkan keadaan semasa di negara itu masih menunjukkan keadaan belum bertambah baik.

Semua kelab yang telah terkesan dengan impak kewangan yang serius ketika ini berharap pihak kerajaan dapat memberikan lampu hijau dan menamatkan penggatungan yang telah berlanjutan sehingga dua bulan.

Namun Cancelor Jerman, Angela Merkel berkata, sebarang keputusan sama ada semua acara sukan boleh kembali disambung akan ditentukan pada 6 Mei ini.

Jerman setakat ini telah mencatat lebih 163,000 kes positif dengan merekodkan 6,600 kematian disebabkan wabak tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN