“Tiga Aksi Persahabatan Sebelum Ke Hanoi” – Brad Maloney Mahu Persediaan Lebih Kukuh Buat Skuad B-23

Skuad bawah 23 negara (B-23) bakal mengharungi saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam pada 12 Mei ini dan temasya tersebut bakal digunakan sebaik mungkin oleh Brad Maloney sebagai medan persiapan terakhir sebelum beliau bersama anak-anak buahnya menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada 1 Jun tidak lama lagi.

Menurut beliau, Sukan Sea ini amat penting untuk Maloney mengatur sebaik mungkin pasukan dalam persediaan lebih rapi buat mereka mengharungi Piala Asia tersebut sekali gus memperkuatkan pasukan untuk menghadapi para pasukan lawan yang jauh lebih bagus itu.

“Kita merancang untuk memanggil latihan pusat bermula 19 April ini dengan perbincangan bersama kelab dalam saingan Liga Malaysia sedang berjalan.

“Kita akan berlatih dalam negara dan mengadakan sekurang-kurangnya tiga aksi persahabatan sebelum ke Hanoi. Di Sukan Sea itu nanti, kita akan gunakan sebaiknya peluang untuk mempersiapkan pasukan ke Piala Asia.

“Pasukan di rantau ini berkualiti dan sudah cukup mempersiapkan pasukan nanti, sekali gus memberi cabaran bermakna di Piala Asia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk saingan Piala Asia nanti, skuad kendalian Maloney bakal berdepan Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam dalam Kumpulan C dengan rekod terbaik sebelum itu dipegang oleh pasukan era kejurulatihan Datuk Ong Kim Swee pada tahun 2018 apabila Harimau Malaya berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir yang dianggap membanggakan negara.

Dalam masa sama, ketika ditanya pengendali yang berasal Australia itu mengenai sasaran beliau di Sukan Sea nanti, Maloney menjelaskan skuadnya akan memperbaiki rekod tiga tahun lalu ketika di Manila, Filipina dan bakal memberi saingan yang cukup sengit buat mana-mana lawan.

“Buat masa ini belum ada sasaran, tetapi kita akan berikan aksi terbaik.

“Jika kita mampu mengumpulkan skuad terbaik, saya percaya kita boleh pergi jauh dalam Sukan Sea dan Piala Asia,” katanya.

Ketika saingan Sukan Sea tiga tahun lalu, skuad kebangsaan dianggap sebagai gagal apabila gagal melepasi peringkat kumpulan dan menjadi antara pasukan yang pulang awal untuk tidak memberi apa-apa impak.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN