Tifo Kepala Anjing Antara 5 Bukti Sikap Toksik Penyokong Bola Sepak Tempatan

Di sebalik keputusan perlawanan Harimau Malaya baru-baru ini yang hadir dengan pelbagai pendapat dalam kalangan pemerhati bola sepak negara, turut tular mengenai wajah pertahanan negara iaitu Aidil Zafuan yang menjadi bahan ejekan segelintir penyokong kerana aksi beliau yang dianggap teruk dalam dua perlawanan persahabatan negara sehingga disamakan seperti pemain Manchester United, Harry Maguire.

Nama Aidil Zafuan menjadi topik utama perbualan segelintir penyokong kerana aksi beliau yang kurang memberansangkan sehingga dijadikan sebagai salah satu sebab mengapa Malaysia bolos meskipun beraksi dengan baik di bahagian atas.

Lebih parah, wajah Aidil turut disunting oleh peminat sehingga menyerupai Harry Maguire untuk dijadikan bahan jenaka sehinggakan kembar beliau, Zaquan Adha turut kesal dengan keadaan yang berlaku.

Kisah-kisah toksik dan perbuatan melampau para penyokong ini bukan suatu perkara baharu dalam bola sepak negara.

Sejak dahulu lagi, ada sahaja perbuatan melampau yang dibuat para peminat sehingga mencerminkan budaya tidak sihat dalam negara kita.

Menurut Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu komen di Instagram, para penyokong sentiasa menginginkan keputusan positif dalam bola sepak negara. Namun, mereka juga sering membawa budaya mentaliti yang ‘low class’ sehingga mencemarkan imej pasukan kebangsaan.

Kami ada beberapa dari kisah gelap mengenai para penyokong tempatan dalam bola sepak negara yang bukan hanya menyunting gambar pemain bola sepak.

Stadium Nasional Bukit Jalil dibakar Penyokong Kelantan

Final Piala Malaysia edisi ke-83 yang pada asalnya berlangsung dengan aman bertukar menjadi episod gelap buat negara apabila rusuhan telah berlaku selepas perlawanan yang membabitkan Kelantan dan Negeri Sembilan pada tahun 2009.

Selain lontaran-lontaran objek berbahaya yang memenuhi ruang udara stadium, kerusi yang dikhaskan buat para penyokong turut dibakar oleh penyokong Kelantan ketika itu dan membawa kepada tindakan lanjut oleh pihak Polis bagi menangani kes tersebut.

Penyokong Kelantan bakar trak polis

Salah satu insiden gelap dalam bola sepak negara yang pastinya akan terus diingati dalam kalangan peminat bola sepak negara terutamanya penyokong Kelantan.

Para penyokong kelantan ketika itu mengamuk kerana tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka sewaktu menentang Negeri Sembilan dalam aksi pertama Separuh Akhir Piala FA 2009 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kemuncaknya trak polis di luar stadium turut menjadi mangsa amukan penyokong tersebut apabila diterbalikkan serta dibakar selain beberapa kenderaan bersekitaran turut mengalami kerosakan.

Penyokong Perak mengamuk

Kejadian ini mungkin menjadi igauan ngeri buat para pemain Johor Darul Takzim (JDT) serta segelintir penyokong apabila mereka terpaksa menjadi mangsa kepada keganasan penyokong Perak pada tahun 2014 dalam aksi saingan Liga Super di mana tuan rumah, Perak mencatat kekalahan di tangan JDT  ketika itu.

Antara rusuhan yang dibuat adalah insiden pergaduhan dalam padang dengan pelbagai objek saling dilemparkan serta bas yang membawa pemain JDT turut dibaling batu sehingga ada semburan cat yang berbunyi, ‘This Is Ipoh’ yang memaksa para pemain terpaksa menaiki trak FRU sebagai langkah keselamatan.

Chant hinaan penyokong Selangor buat Shukor Adan

Salah satu tindakan toksik yang dibuat dalam sejarah bola sepak Malaysia pastinya mengenai chant yang dibuat segelintir penyokong terhadap Shukor Adan pada aksi separuh akhir Piala FA 2010 setelah pemain itu menafikan gol Selangor dengan menahan tangan dan tidak dikenakan apa-apa.

Kemuncak itu, Selangor terlepas peluang untuk mara ke final dan menyebabkan para penyokong berang sehingga mencipta chant yang berbunyi, “Shukor bab*”.

Tifo kepala anjing oleh penyokong JDT

Salah satu perkara yang menggemparkan bola sepak tanah air kita pada tahun 2015 apabila tifo kepala anjing dinaikkan pada aksi Piala Sumbangsih yang mempertemukan JDT dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Imej manusia berkepala anjing memakai kot Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mendukung anjing serta berfikir mengenai RM, bagai membawa isyarat tertentu segelintir penyokong yang mungkin masih kecewa dengan FAM ketika itu yang cuba disampaikan.

Namun ia dilihat terlalu biadap apabila seolah menyamakan Presiden FAM ketika itu sebagai haiwan dan tifo tersebut telah diturunkan tidak lama selepas itu selain 12 penyokong yang disyaki dalang kejadian turut ditahan.

Kesimpulan

Sikap toksik dan keganasan bola sepak ini tak boleh dibendung. Mana-mana negara pasti akan ada isu ini walau juara Piala Dunia sekali pun.

Daripada sekadar mengejek, terus membawa kepada pergaduhan yang lebih keras, dan dari situ tercetus rusuhan besar yang berlaku sehingga merosakkan erti keindahan bola sepak yang sepatutnya menjadi wadah penyatu.

Semoga kita melihat dahulu diri kita sebelum memulakan apa-apa serangan provokasi dengan bertanyakan pada diri, adakah mentaliti kita sudah cukup bagus sebelum menuding ke orang lain?

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN