Quantcast

BERITA

‘Tidak Tahu Nak Cakap Apa, Nak Skor Pun Payah’

Penjaga gol Manchester United, David De Gea sangat kecewa, bukan sahaja kerana tewas di tangan Newcastle, namun kecewa dengan prestasi Man United sejak musim lalu sehingga awal musim ini.

Man United tewas 1-0 di tangan Newcastle. Pemain remaja Newcatsle, Matty Longstaff menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam debut impiannya.

Manchester United sekali lagi bergelut di zon serangan. Mereka tumpul dan tidak cukup kreatif. Peluang terbaik mereka menerusi hantaran lintang Daniel James, namun gagal disambar oleh Marcus Rashford.

United hanya mampu mengutip 9 mata daripada 8 perlawanan setakat ini. Ia merupakan permulaan terburu sejak 1989/90.

David De Gea tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau dan mengkritik persembahan pasukannya.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, De Gea berkata: “Saya tidak tahu nak cakap apa sebenarnya telah berlaku.”

“Ini tidak boleh diterima. Bukan sahaja [kekalahan] dalam perlawanan ini, namun prestasi seluruh musim.”

“Ini adalah detik paling sukar [di Manchester United] sejak saya tiba di kelab ini.”

“Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Malah kita tak mampu untuk menjaringkan satu gol sekalipun dalam 2 perlawanan.”

“Kita gagal mencipta peluang gol dengan baik. Kami bertahan dengan baik. Namun pasukan ini harus bangkit. Kita ada beberapa isu kecederaan membeleggu pasukan, namun itu bukan alasannya.”

“Kita ada adalah Manchester United, kita harus terus berlatih bersungguh-sungguh, melawan dan memenangi perlawanan,” tambah beliau lagi.”

Manchester United selepas ini akan berhadapan dengan pendahulu liga dan juga pasukan musuh utama mereka, Liverpool. Perlawanan tersebut akan berlangsung selepas minggu rehat antarabangsa.