“Tidak Punya Masa Mencukupi”- PSM Mohon Maaf Atas Isu Kualiti Padang

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) secara rasminya telah pun mengeluarkan kenyataan maaf selepas isu padang yang kini dianggap kurang memuaskan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Terdahulu, SNBJ secara rasminya menjadi lokasi untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 dengan mempertemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu pada hari esok.

Walaupun begitu, tular di media sosial sejak semalam dengan keadaan padang di stadium tersebut jelas berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk digunakan pada hari esok bagi perlawanan tersebut.

Ini kerana SNBJ sebelum itu menjadi lokasi rasmi untuk konsert bertaraf antarabangsa iaitu Coldplay dan keadaan permukaan padang ditinggalkan seterusnya jelas mendapat kritikan ramai.

Antara paling lantang memberi kritikan awal sudah tentu melibatkan pemilik kelab JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas baginda menyuarakan secara sinis di Instagram.

Menurut PSM, beliau memohon maaf kepada penganjur Liga Malaysia (Liga M) iaitu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama seluruh peminat bola sepak tempatan atas isu tersebut.

Pada masa sama, PSM juga mengakui mereka tidak mempunyai masa cukup untuk membaiki keadaan padang kepada tahap lebih baik selepas konsert Coldplay tamat pada 22 November lalu.

Walaupun begitu, perbadanan tersebut optimis untuk terus melakukan penambah baikan pada masa hadapan demi pengurusan acara-acara lain.

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat sukan bola sepak negara, terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim F.C, Terengganu FC serta semua penyokong kedua-dua pasukan atas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu. PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” jelas PSM menerusi kenyataan rasmi.

Sumber:
PSM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN