Tidak Lagi Bersama Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Bakal Beraksi Di Pentas Asia Musim Depan?

Penjaga gol paling menyerlah musim ini iaitu Ahmad Syihan Hazmi sah tidak akan bersama Negeri Sembilan lagi untuk saingan tahun hadapan selepas menabur bakti bersama kelab tersebut selama satu musim.

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi Facebook rasmi Negeri Sembilan sebentar tadi selepas mereka menaikkan satu poster pemain tersebut dengan ucapan terima kasih dan menghargai Syihan.

“Negeri Sembilan FC ingin merakamkan penghargaan kepada penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi atas khidmat dan bakti beliau sepanjang bersama pasukan Negeri Sembilan FC.

“Syihan pernah mewakili skuad Jang dalam saingan Liga Super 2018 sebelum kembali ke Paroi untuk saingan 2022. Semoga terus berjaya dalam kerjaya,” jelas kenyataan tersebut.

Syihan yang menampilkan aksi cemerlang bersama Negeri Sembilan musim ini berjaya menempatkan nama beliau selaku salah seorang penjaga gol skuad kebangsaan.

Bersama Negeri Sembilan, Syihan berjaya membantu kelab tersebut untuk menamatkan cabaran liga di kedudukan keempat dengan dibezakan satu mata sahaja berbanding Sabah di tempat ketiga.

7 rekod ‘cleansheet’ dicatat beliau musim ini untuk saingan Liga Super serta hanya dibolosi 26 gol sahaja daripada 22 perlawanan dihadapi beliau bersama kelab.

Selain cemerlang bersama Negeri Sembilan, penjaga gol berusia 26 tahun ini juga tampil dengan sangat menyakinkan ketika mewakili skuad kebangsaan bawah kendalian Kim Pan-gon.

Pemain tersebut menjadi antara tonggak Harimau Malaya yang membantu mereka untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King’s Cup 2022 di Thailand.

Nama beliau sekali lagi menjadi pilihan Pan-gon untuk saingan Piala AFF 2022 akan datang, dan dijangka Syihan sekali lagi akan dipilih selaku penjaga gol utama skuad kebangsaan.

Dengan pengesahan penjaga gol ini meninggalkan Negeri Sembilan, beberapa persoalan mula timbul mengenai destinasi kelab terbaharunya musim hadapan.

Ketika ini, khabar angin yang bertebaran di media sosial kuat mengatakan Syihan mungkin akan menyertai pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Faktor penyertaan Syihan bersama JDT jelas sangat kuat selepas Farizal Marlias kini dilihat semakin berusia dan kelab tersebut pastinya ingin mendapatkan pelapis baharu lebih muda untuk perancangan jangka masa panjang.

Ini menjadi peluang baik untuk Syihan mendapatkan lebih banyak persaingan bagi merebut kedudukan selaku penjaga gol utama pasukan, selain berpeluang untuk melangkah ke saingan AFC Championship League (ACL) tahun hadapan.

Selain Farizal, JDT kini masih mempunyai dua lagi nama besar di posisi penjaga gol yang mampu menyeimbangkan pasukan iaitu Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN