Tidak Dibenarkan Pilih Pemain Dan Kakitangan Sendiri, Popov Tolak Tawaran Bimbing Kelantan

Bekas jurulatih Kelantan, Velizar Popov menolak tawaran daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mengemudi pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Rundingan untuk mendapatkan bekas jurulatih kebangsaan Maldives itu gagal kerana difahamkan KAFA tidak bersetuju dengan 2 syarat yang ditetapkan oleh beliau dalam kontrak baru.

Syarat yang ditetapkan oleh Popov ialah beliau mahukan hak untuk memilih pemain tempatan dan pemain import bagi memperkemaskan pasukan itu musim hadapan termasuk memilih sendiri kakitangan bagi membantunya dalam kejurulatihan.

https://twitter.com/VelizarPopov/status/927217888360042498

Menurut laman Instagram miliknya, beliau bersedia untuk berkompromi dengan KAFA untuk kembali menerajui  pasukan The Red Warriors. KAFA bagaimanapun tidak bersetuju dengan dua syarat diletakkan Popov biarpun menurut beliau ia tidak membabitkan soal kewangan.

“Malangnya, kami tidak dapat mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu untuk 2018 kerana KAFA enggan menerima syarat yang paling penting dengan keadaan saya sebagai seorang jurulatih.

“Saya hanya mahu memilih sendiri kakitangan untuk membantu saya. Ia termasuk mengawal perpindahan pemain tempatan dan asing untuk masuk ke TRW.

“Ia bukan soal wang, saya sedia membuat kompromi mengenai perkara lain tetapi tidak dengan dua perkara penting ini untuk kerja saya.

“Jika saya tidak boleh membuat pilihan untuk memilih pemain import atau tempatan saya tidak boleh bekerja sebaik mungkin,” katanya.

https://twitter.com/VelizarPopov/status/927137958855172097

Sebelum ini, Popov pernah membimbing TRW bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu, K.Devan pada pertengahan musim 2016.

Bagaimanapun, jodohnya bersama Kelantan tidak lama selepas beliau dilaporkan menolak tawaran kontrak KAFA bagi terus mengemudi pasukan itu bagi untuk musim 2017. Di bawah kendaliannya, Kelantan berada pada kedudukan keempat Liga Super dengan lapan kemenangan, lima seri serta enam kekalahan selepas mengumpul 30 mata.

Kredit: Utusan online

KAFA kini berada dibawah pengurusan baru yang diketuai oleh Bibi Ramjani Ilyas Khan. Beliau adalah seorang usahawan dan pengasas kepada butik Desa Murni Batik Sdn Bhd.

Bibi menjelaskan rundingan tersebut tidak dimuktamadkan secara rasmi kerana Kafa tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan pengendali dari Bulgaria itu.

“Ya ada. Saya pernah berhubung dengan dia melalui WhatsApp semasa memaklumkan mengenai pembayaran gaji tertunggaknya sebelum ini.

“Tapi rundingan tiada kata putus dan ada sebab kita belum follow up dengan ejen dia kerana ada syarat yang kita tak boleh nak terima,” katanya kepada mStar Online.

Jelas pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu, antara syarat yang dikenakan Popov adalah dia boleh meninggalkan Kelantan pada bila-bila masa sekiranya menerima tawaran lain dari kelab luar.

“Jadi saya rasakan syarat itu sebagai tidak masuk akal. Kalau betul dia mahu membantu menaikkan nama pasukan, dia tak boleh memikirkan tawaran lain dalam masa tertentu.

“Dan saya juga rasakan pihak pengurusan Kafa berhak untuk menolak khidmat Popov kerana gajinya akan dibayar badan induk bola sepak negeri ini,” katanya.

Namun begitu, Bibi berkata rundingan dengan Popov masih diteruskan tetapi beliau tidak menolak jika ada calon lain lebih baik daripadanya untuk mengemudi TRW musim depan.

“Masih dalam rundingan tapi sesiapa sahaja tidak mustahil jadi jurulatih Kelantan,” katanya.

Sementara itu, penyokong Kelantan meluahkan kekecewaan mereka di laman twitter kerana KAFA masih menjadi seperti dulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN