Penyerang PJ City FC, Darren Lok yang telah sekian lama ‘tenggalam’ akhirnya bangkit mencuri tumpuan apabila mencetak dua gol dalam perlawanan menentang Melaka United dalam aksi Liga Super tempoh hari.
Penyerang kelahiran England itu menyifatkan dua gol yang diciptanya setakat ini merupakan permulaan yang cukup baik untuknya menaikkan semula namanya di persada bola sepak tempatan selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Musim lepas Darren menyertai Terengganu FC (TFC) dengan kontrak setahun, namun beliau gagal memikat barisan kejurulatihan untuk diberi peluang diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum ‘diturunkan pangkat’ ke TFC.
A quite good squad player to provide back-up for Domigoal at upfront. Don't think he could be a starter, as i believe Nafuzi will stick with his preferred formations 4231/433 and use a lone centre forward. But still, a good move by TFC for a squad depth. Welcome, Darren Lok!🏴🏳 pic.twitter.com/l7P40lY3i5
— Roro O'Monstro🇲🇾⚫️⚪️🔴🇧🇷 (@Roromeo_MUFC10) January 30, 2020
Namun dalam dua perlawanan awal Liga Super 2021 ini beliau merupakan pilihan utama Ketua Jurulatih P. Maniam untuk mengemudi barisan serangan dan pemain berusia 30 tahun tersebut berjaya membalas kepercayaan tersebut dengan sebaiknya.
Musim ini PJ City telah membuat kejutan dengan menggunakan khidmat pemain tempatan sepenuhnya tanpa pemain import. Namun mereka masih mampu mencatat keputusan positif dengan dua keputusan seri.
“Sememangnya ia permulaan yang sangat positif untuk diri saya kerana memang sudah lama tidak dapat momentum yang sempurna seperti ini,” ujar Darren yang ditemubual media MFL.
“Sebelum ini saya agak kecewa kerana merasakan sudah terlewat untuk menjaringkan gol pada musim lalu tetapi sekarang bersyukur dengan apa yang saya ada bersama pasukan baharu.
“Cuma apa yang saya buat ketika ini bukan semata-mata untuk prestasi peribadi sahaja, tetapi sejauh mana saya dapat menyumbang kepada pasukan ini untuk berada di tahap terbaik musim ini.”
April 2019: Kali terakhir S. Kumaahran dan Darren Lok menjaringkan gol dalam Liga Malaysia untuk JDT II
Mac 2021: Kedua-dua mereka menamatkan kemarau jaringan Liga Malaysia dalam perlawanan yang sama!#PJCMLU#LigaSuper2021 pic.twitter.com/ApV1NwDTwn
— Sukanz. (@sukanzcom) March 11, 2021
Nama Darren mula menjadi sebutan apabila beliau menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada 2016 sebagai pemain berdarah kacukan menerusi bapanya yang berasal dari Tengkara, Melaka.
Kredit Foto: PJ City FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Darren Lok dan perkembangan bola sepak tempatan:
Darren Lok: JDT Tinggal Sejarah, Kini Saya Teruja Untuk Bermula Semula