Tiba Giliran Rodney Celvin Pula Untuk Tinggalkan Kedah?

Tonggak pertahanan kental Kedah Darul Aman, Rodney Celvin Akwensivie dilaporkan mungkin akan menjadi pemain seterusnya yang meninggalkan pasukan tersebut untuk baki saingan musim ini.

Umum mengetahui, Kedah kini merupakan antara pasukan yang mengalami pergolakan mengenai isu gaji sejak beberapa bulan lalu dan menjadi sangat sensasi di media sosial.

Adakah Faktor Gaji Jadi Punca Kedah Kini Tampil Serba ‘Lemau’?

Walaupun begitu, pengurusan rasmi pasukan tersebut dilaporkan sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut dan terus kekal menjadi tanda tanya dalam kalangan para peminat.

Terbaharu, giliran Rodney pula dikatakan bakal ‘angkat kaki’ daripada pasukan tersebut dan sebarang sebab spesifik masih lagi belum dinyatakan kenapa pemain tersebut akan meninggalkan Kedah.

Menurut perkongsian daripada saudara HaRiq Fahimy yang juga merupakan antara penyokong Kedah, Rodney bakal meninggalkan pasukan tersebut atas sebab tertentu yang tidak didedahkan.

“Abang, berat sebenarnya saya nak tinggalkan Kedah, ikut perancangan saya memang nak main dengan lebih lama di sini dan merasakan Kedah ibarat rumah kedua kepada saya.

“Saya ada ramai di sini yang sentiasa memberi sokongan, kita semua ibarat keluarga, namun saya juga mempunyai keluarga sebenar untuk difikirkan.

“Apapun abang, jika saya ada rezeki lagi, saya pun berharap untuk kembali di sini lagi. Terima kasih abang kerana sentiasa memberi nasihat, motivasi, dan sokongan. Saya doakan abang dan pasukan Kedah sentiasa berjaya,” luah Rodney kepada Hazriq dan dikongsikan menerusi Facebook.

Umum mengetahui Rodney menjadi antara pemain yang sangat menyerlah bersama Kedah di posisi pertahanan sejak tiga tahun lalu selepas beliau dipinjamkan oleh Selangor.

Tampil dengan aksi cemerlang pada musim pertama, Sang Kenari ketika itu tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan Rodney secara kekal dengan kontrak sehingga tahun 2024.

Pemergian Rodney ini menjadikan beliau sebagai pemain kedua selepas Lee Tuck turut meninggalkan Sang Kenari beberapa bulan lalu dengan suatu kejutan buat para penyokong bola sepak Hijau Kuning.

Laporan menyatakan Rodney berkemungkinan besar akan menyertai Kuching City selepas ini untuk kembali mencipta kerjasama bersama bekas pengendali beliau terdahulu, Aidil Sharin Sahak.

Apapun, ianya masih kekal sebagai suatu cerita dalam kalangan penyokong di media sosial tanpa sebarang kenyataan rasmi lagi dikeluarkan mengenai destinasi baharu Rodney.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN