Tiada Terma ‘Gentlemen’s Agreement’ Antara Rodriguez Dan Real Madrid

James Rodriguez

James Rodriguez akan kembali ke Real Madrid. Musim ini merupakan musim ke-4 berturut-turut Rodriguez bakal beraksi di peringkat separuh akhir UEFA Champions League (UCL). Bezanya, Rodriguez akan berhadapan dengan bekas rakan sepasukannya di Bernabeu.

Selepas prestasi tidak konsisten sepanjang tiga musim bersama Real Madrid, Rodriguez menyertai Bayern Munich secara pinjaman selama dua tahun pada awal musim.

Bayern Munich
P(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Pemain antarabangsa Colombia itu tidak teragak-agak untuk menyertai skuad yang dikendalikan oleh Carlo Ancelotti, setelah prestasi terbaiknya ketika di Bernabeu adalah ketika era pengendali dari Itali itu bersama Real Madrid.

Setelah aksi yang kurang menjadi di awal musim, Rodriguez membuktikan kualiti yang dimilikinya selepas Jupp Heynckes mengambil alih.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Dan kini setelah Bayern Munich diundi untuk bertemu dengan Real Madrid di peringkat separuh akhir UCL, soalannya ialah bolehkah Rodriguez beraksi menentang pasukan asalnya ketika masih berada di status pinjaman?

Gentlemen’s Agreement

“Gentlemen’s Agreement” bukanlah satu perjanjian yang asing dalam bola sepak Eropah. “Gentlemen’s Agreement” kebanyakannya melibatkan perpindahan pemain secara pinjaman. Bagaimanapun, ia turut diamalkan oleh kelab di Eropah untuk perpindahan tetap.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Sebenarnya James Rodriguez bebas untuk beraksi bersama Bayern Munich untuk perlawanan menentang Real Madrid nanti. Ini adalah kerana tiada sebarang klausa ataupun ‘gentlemen’s agreement’ diselitkan oleh kedua-dua kelab ketika perjanjian dilakukan.

Mengapa tidak? Dan bagaimana ia dilakukan?

Kes Thibaut Courtois

Peraturan oleh UEFA menghalang sebarang bentuk ‘Gentlemen’s Agreement’ dimasukkan di dalam klausa perjanjian melibatkan peminjaman pemain seperti Rodriguez.

Kes sebegini mengingatkan kita kepada penjaga gol Chelsea pada hari ini, Thibaut Courtois yang beraksi secara pinjaman di Atletico Madrid, dan berhadapan dengan kelan asal, Chelsea di separuh akhir UCL pada 2014.

Edin Dzeko
(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Sebelum perlawanan, kes ini dirujuk kepada UEFA, dan badan induk bola sepak eropah itu akhirnya mengeluarkan satu kenyataan yang menjadi garis panduan kepada kes sebegini pada hari ini.

UEFA berkata:

“Pihak UEFA Champions League dan Lembaga Disiplin & Peraturan UEFA mahu menjelaskan bahawa setiap kelab dilarang untuk mempengaruhi atau melakukan percubaan menghalang seseorang pemain pasukan lawan untuk diturunkan beraksi.”

Thibaut COURTOIS – 29.09.2011 – Rennes / Atletico Madrid – Europa League, (Photo : Vincent Michel / Icon Sport via Getty Images)

 

“Ini berikutan terdapat kemungkinan ianya berlaku melalui kontrak perpindahan/peminjaman di antara dua kelab yang diadakan, dan UEFA menganggap sebarang usaha sedemikian sebagai tidak sah.”

“Sebarang usaha untuk berbuat demikian di masa hadapan juga akan dianggap sebagai pelanggaran peraturan pertandingan UEFA Champions League dan Lembaga Disiplin & Peraturan UEFA.”

Contoh kes

Tindakan Chelsea meminjamkan Courtois ke Atletico akhirnya memakan diri apabila penjaga gol Belgium tersebut membantu Atletico menewaskan Chelsea 3-1 di separuh akhir UCL musim 2013/14.

Selain daripada Courtois, Patrick Robert turut pernah menjaringkan gol ketika beraksi bersama Celtic dalam perlawanan menentang kelab asalnya, Manchester City di saingan peringkat kumpulan pertandingan yang sama.

Celtic’s Patrick Robert’s (left) celebrates scoring his side’s first goal of the game during the UEFA Champions League, Group C match at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Real Madrid turut pernah menerima padah apabila Fernando Morientes yang dipinjamkan kepada Monaco menjaringkan dua gol ketika kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir pertandingan yang sama pada 2003/04.

Musim lalu, Kingsley Coman menjaringkan gol untuk Bayern Munich ketika menentang kelab asal, Juventus.

Rumusan

Walaupun ‘gentlemen’s agreement’ digunakan secara meluas di kebanyakkan liga bola sepak di eropah, ianya masih tidak diterima oleh UEFA.

Di Malaysia, ‘gentlemen’s agreement’ turut digunakan oleh beberapa pasukan sebelum ini, terutamanya melibatkan pemain yang dibawa secara pinjaman.

Peraturan sebegini tidak pernah dilarang oleh FIFA. Maka kita boleh simpulkan ianya adalah bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan itu sendiri.

Bagaimana pendapat anda? Wajarkah pemain yang dipinjamkan diturunkan untuk menentang kelab asal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN