Tiada Tempat Untuk Pengadil Dari Britain Di Piala Dunia 2018

Media eropah melaporkan buat kali pertama dalam masa 80 tahun, tiada pengadil dari Britain yang akan dihantar ke kejohanan Piala Dunia di Russia tahun ini.

Dalam senarai 36 pengadil dan 63 pembantu pengadil dikeluarkan FIFA mengesahkan daripada 46 negara tiada satu pun pegawai perlawanan dari England, Wales, Scotland atau Ireland Utara.

Amerika Syarikat mempunyai wakil paling ramai dengan dua pengadil dan dua pembantu pengadil.

Pengadil England, Mark Clattenburg yang mengadili final Kejohanan Eropah 2016 di antara Perancis dan Portugal termasuk dalam senarai awal FIFA tetapi dia meninggalkan Liga Perdana musim lalu untuk bertugas di Arab Saudi.

“Cukup mengecewakan kerana kami sudah lama berada di bola sepak dunia dan menjadi kebanggaan bertugas di peringkat antarabangsa,” kata Mike Riley, ketua Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) kepada stesen televisyen Sky Sport.

“Selepas Mark pergi ke Arab Saudi, kami tidak mempunyai cukup masa membimbing pengadil lain, jadi tiada peluang kami menggantikannya.”

Howard Webb yang mengadili final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, satu-satunya pengadil Inggeris ketika itu dan juga di Brazil pada 2014.

Tiga lagi final diadili pengadil Inggeris ialah pada 1950 oleh George Reader, William Ling, 1954 dan Jack Taylor, 1974.

Britain pula tidak akan menghantar menteri atau kerabat diraja ke Piala Dunia berikutan bantahan terhadap Russia yang didakwa terbabit dalam serangan agen saraf ke atas bekas dua pengintip Russia di bandar Salisbury, bulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN