Tiada Sebab Untuk Malaysia Tak Layak Ke Piala Asia 2027

Malaysia secara rasminya telah pun mengetahui keputusan undian bagi siri Kelayakan Piala Asia 2027 dengan mereka berada di Kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal, dan Laos untuk dihadapi.

Bagi kategori Asia Tenggara, Malaysia sebenarnya boleh dianggap cukup bertuah berbanding negara lain kerana mereka diletakkan bersama kumpulan lebih mudah untuk dihadapi.

Apa tidaknya, Malaysia telah pun diletakkan bersama dua lagi negara Asia Tenggara lain selain menghadapi cabaran Nepal sahaja pada aksi kelayakan tersebut.

Jika dibandingkan Brunei DS, negara tersebut dianggap cukup kasihan kerana bersama-sama kuasa besar seperti Lubnan serta Yaman yang jauh lebih sukar untuk dihadapi.

Melihat kepada perjalanan bakal dihadapi, tiada sebab untuk Harimau Malaya terkandas di peringkat kumpulan dengan hanya Vietnam sahaja dilihat sebagai lawan paling sukar bakal dihadapi skuad negara.

Bukan untuk menidakkan Laos dan Nepal, tetapi secara reputasi jelas ia lebih memihak kepada Malaysia dan mereka perlu meraih kemenangan bersih ke atas dua negara tersebut sepanjang mengharungi peringkat Kumpulan F.

Daripada segi ranking semasa, Vietnam kini unggul di kedudukan 116 dunia untuk menjadi pilihan utama ke pentas Piala Asia selain memiliki reputasi tinggi di pentas antarabangsa.

Walaupun prestasi mereka kini dilihat sedikit terumbang ambing, Vietnam masih sebuah pasukan cukup hebat untuk dihadapi pasukan negara jika tiada persiapan rapi dibuat.

Malaysia menjadi negara kedua pada kedudukan ranking paling tinggi dalam Kumpulan F, apabila mereka kini berada pada kedudukan ke-132 dunia.

Di tangga ketiga, Nepal dianggap sebagai salah satu cabaran mudah sebenarnya untuk dihadapi Malaysia kerana pasukan itu berada pada kedudukan ke-175 dunia selain Laos di tangga ke-186.

Dijangka revolusi membabitkan pasukan kebangsaan akan berlangsung tidak lama lagi dengan membabitkan peralihan kejurulatihan serta kelibat pemain-pemain warisan baharu untuk didaftarkan.

Sudah tentu persiapan awal dianggap sangat penting kerana Malaysia perlu tampil bersedia sebaik-baik mungkin untuk kembali mencabar pentas Piala Asia seperti dilakukan ketika di Qatar lalu.

Jangkaan kami, beberapa pemain warisan baharu mungkin akan diperkenalkan selain rombakan pada posisi kejurulatihan yang lebih berkualiti untuk menjulang kembali maruah negara di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN