PKNP bukanlah pasukan yang mahu dilawan oleh mana-mana pasukan terutama sekali pasukan dari Liga Perdana. Negeri Sembilan vs PKNP adalah perlawanan tumpuan Piala Malaysia yang tidak seharusnya dilepaskan.
Kedudukan semasa
PKNP masih mengungguli kumpulan A dengan 10 mata setakat ini. Manakala Negeri Sembilan berada di tangga ke-4 dengan 5 mata.
Prestasi semasa
Kedua-dua pasukan masih belum menang dalam 2 perlawan terakhir mereka. Prestasi tidak menentu Negeri Sembilan dalam 6 perlawanan terakhir nampak merisaukan. PKNP pula tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka.
Rekod pertemuan
Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali dalam sejarah mereka. Masing-masing menang 1 perlawanan daripada 2 pertemuan tersebut.
Perlawanan terakhir mereka adalah pada Piala Malaysia 2017 di mana PKNP menang 2-0.
Fakta perlawanan
- Negeri Sembilan tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 5 perlawanan terakhir mereka
- PKNP gagal menjaringkan gol dalam 2 perlawanan terakhir mereka
- PKNP hanya tewas sekali dalam kempen Piala Malaysia mereka setakat ini iaitu kekalahan 6-0 di tangan Pahang
Sebelum wisel
PKNP sudah pastinya menjadi ujian besar untuk Negeri Sembilan untuk terus menghidupkan impian mereka mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia 2017 walaupun secara matematiknya ia kelihatan sukar.
Negeri Sembilan wajib menang perlawanan ini sambil mengharapkan Pahang dan T-Team seri dalam perlawanan berikutnya.
PKNP pula mungkin akan mengambil kesempatan menggilirkan pemain-pemain mereka dalam perlawanan ini. Ini kerana mereka sudah pun mara ke pusingan seterusnya.