“Tiada Penjelasan Munasabah” – David De Gea Berpendapat Prestasi Buruk Man Utd Disebabkan Buatan Orang

David De Gea tidak mempunyai penjelasan mengenai prestasi buruk Manchester United dan mengapa jurang di antara kelab itu berbanding lawan yang lain semakin melebar.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim keduanya di Old Trafford, sebelum turut bergelar juara Piala FA pada 2016, sebelum muncul juara Piala Liga dan Europa League pada 2017.

Itulah kali terakhir Manchester United memenangi trofi sebelum ketandusan kejuaraan. Musim ini secara teknikal kelab itu sudah tersingkir daripada semua saingan domestik dan hanya mempunyai peluang kejuaraan di pertandingan Champions League – yang dianggap sukar dicapai berdasarkan prestasi semasa.

Tempoh lima tahun tanpa sebarang trofi dianggap sebagai kemarau paling teruk pernah dilalu Manchester United sejak musim 1969 sehingga 1976 – tidak termasuk muncul juara divisyen dua pada 1975.

Sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada penghujung musim 2013, Manchester United juga telah melantik empat pengurus berlainan, namun tetap gagal mendominasi dan menjadi kuasa besar bola sepak Inggeris walaupun telah berbelanja lebih £1billion untuk pemain.

“Saya berpendapat ada pihak telah melakukan sumpahan atau perkara seperti itu kepada kami,” kata De Gea ketika bercakap kepada media Sepanyol, El Pais.

“Perkara sebenarnya saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya betul-betul tidak tahu.

“Ramai selalu bertanya dan kami juga berbincang sesama rakan sepasukan, dan kami berkata ‘kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku’.

“Kami sepatutnya mampu bersaing untuk memenangi lebih banyak trofi, lebih banyak kejuaraan, tetapi saya tiada penjelasan mengapa pasukan ini seperti tidak berfungsi.

Ralf Rangnick telah dilantik pada November lalu untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer dan diberikan mandat untuk mengurus pasukan itu sehingga ke penghujung musim ini.

Walaupun Manchester United hanya tewas sekali sahaja di dalam saingan EPL sejak di bawah kendalian jurulatih Jerman itu, pasukan itu bagaimana pun telah tersingkir dari pertandingan Piala FA, selain kehilangan mata berharga menentang Aston Villa dan Burnley baru-baru ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN