Aksi pertahanan tengah skuad B-23 negara, Harith Haiqal sewajarnya mendapat perhatian pasukan Liga Super saat ini.
Disebalik kegagalan skuad Sukan SEA 2021 baru-baru ini, ada juga beberapa perkara positif daripada skuad ini terutamanya aksi beberapa pemain yang nampak meyakinkan dan layak diberi pendedahan saingan Liga Super.
Walaupun majoriti pemain-pemain ini hanya tampil dalam saingan kedua tertinggi Liga Malaysia (Liga M), mereka mampu memberi saingan sengit kepada lawan yang jelas diperkuatkan dengan tiga pemain senior.
Perkara ini menimbulkan persoalan, tidak ada mana-mana pasukan di Liga Super yang berminat untuk merisik mereka bagi memperkuat cabaran selepas tempoh rehat sebulan ini?
Jika tidak secara tetap, mungkin pinjaman. Kita tahu, mereka mungkin bintang masa depan pasukan, tetapi tidak salah jika keluar ‘cari angin’.
Seperti sebelum ini kita telah melihat beberapa pemain yang dipinjam keluar mempamerkan prestasi baik ketika dipinjam. Antaranya S. Kumaahran bersama Sri Pahang, Rodney Calvin (Kedah Darul Aman) dan Quentin Cheng (Penang) sehingga mereka telah menjadi sebutan dalam kalangan para penyokong untuk diambil secara tetap.
Rodney Calvin adalah antara yang telah berhijrah secara tetap selepas semusim beraksi secara pinjaman bersama Kedah.
Mungkin faktor sebegini dirisaukan, apabila pemain mula jatuh hati dengan pasukan yang meminjamnya.
Tetapi, jika mereka masih ada baki kontrak, ia satu keuntungan buat pasukan dapat melepaskan pemain.
Harith Haiqal Adam Afkar, you were a warrior tonight. Whatever the result, your performance against 🇻🇳 will be remembered for a long time.
In a sea of Red, you fought valiantly with your blocks and interceptions. A performance worthy of being called an admiral! 🫡 pic.twitter.com/lrKCoTX17w
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 19, 2022
Di Sukan SEA 2021, prestasi pemain di benteng boleh kita katakan agak baik terutamanya Harith yang mempamerkan permainan yang matang.
Bakal menginjak ke usia 20 tahun, sudah wajar beliau diselitkan dalam skuad utama di Liga Super. Setakat ini, beliau belum membuat sebarang penampilan skuad utama Selangor.
Dalam saingan liga musim lalu, Harith tampil sebanyak 66 minit dengan membuat dua penampilan.
Menurut bekas pemain dan kapten Selangor, Shahrom Kalam, Harith sewajarnya sudah berada dalam kesebelasan utama Selangor pada musim ini. Beliau membuat ciapan di Twitter mengenainya semalam.
“Harith Haiqal dah patut main ‘1st eleven’ Merah Kuning ‘first team’. ‘Compose’, ‘good in ariel duels’, ‘good in 1vs1 defending’ dan ‘distribution ball forward pass’. Yang penting [pemain] nombor 5.”
Twitter Shahrom Kalam
Harith Haiqal dah patut main 1st eleven merah kuning first team.compose,good in ariel duels,good in 1vs1 defending & distribution ball forward pass.yang penting No.5 😉
— Shahrom Kalam (@ShahromKalam) May 22, 2022
Malah menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, pemain seperti Harith sebenarnya sudah layak untuk bersama skuad senior kebangsaan. Ini kerana, beliau berkata pemain ini boleh menjadi lebih baik berbanding Sharul Nazeem – pemain yang seringkali berada dalam senarai pilihan oleh Kim Pan-gon.
“Pendapat tidak popular, saya harap tiada yang ‘hentam’ saya, tetapi saya rasa Harith Haiqal boleh jadi lebih baik berbanding Sharul Nazeem. Saya telah melihat permainannya. Dia tahu bila perlu jadi agresif dan memperbaiki aspek pintasan dan hadangannya. Dia boleh jadi lebih baik dari sekarang ini.”
Twitter T. Avineshwaran
Untuk menjadikan perkara ini realiti disamping Harith Haiqal mendapat pendedahan sepatutnya di Liga Super – jika Selangor tiada perancangan untuk menggunakannya, wajar untuk pemain ini dipinjamkan keluar seketika.