‘Tiada Niat Perli Sesiapa’ – Azmeer Yusof Jelaskan Tentang Perkongsian Di FB

Azmeer Yusof Kedah JDT Sumbangsih 2020 perkongsian FB

Sebelum ini, menerusi laman fanpage Facebooknya, Azmeer Yusof telah membuat perkongsian kisah hidupnya yang sedikit terleka ketika menerima gaji besar.

Walaubagaimanapun, perkongsian Azmeer Yusof menerima pelbagai reaksi, malah sampai ada sesetengah warganet atau lebih tepat segelintir penyokong bola sepak di Malaysia yang rasa ‘terjentik’ dengan perkongsian peribadi pemain tersebut.

Mereka merasakan Azmeer Yusof seakan-akan memerli pemain pujaan mereka yang secara kebetulan berkongsi gambar kereta mewah yang mereka miliki. Namun, jika diteliti apa yang dikongsikan, ia adalah mengenai pengurusan kewangan yang baik.

Mungkin perkongsian itu adalah disebabkan masalah yang sedang dilalui Kedah yang menghadapi isu tunggakan gaji sejak Februari lalu. Umum mengetahui, Azmeer Yusof tidak pernah bersuara mengenai tunggakan gajinya sehinggalah ke saat ini.

“Saya tidak pernah usik tentang gaji bola sepak masuk atau tidak. Sebab saya sudah ada secukupnya untuk tampung kehidupan saya dan keluarga,” jelasnya.

Beliau membuka bicara dengan memohon kemaafan kepada pihak yang terasa hati dengannya sambil menegaskan ia adalah untuk memberikan nasihat kepada para pemain bola sepak di Malaysia dan bercerita mengenai pengalamannya.

“Bukan niat nak perli mana-mana pihak, bahkan lebih kepada nak menunjukkan tentang KEBODOHAN diri sendiri tentang kesilapan lalu agar tidak terjadi kepada orang lain. Dan kita kena akui ramai orang yang mempunyai masalah seperti apa yang saya ceritakan baru-baru ini.

Azmeer Yusof 25

Disamping itu, Azmeer Yusof juga menegur wartawan yang telah menulis perkongsian itu dari sudut lain. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk berkongsi pula hasil yang didapatinya daripada apa yang telah dilaluinya selepas berubah.

“Lepas ini minta tolong jangan tulis artikel cakap ‘ Azmeer Yusof tayang harta ‘ pula ya,” tulisnya yang ditujukan kepada wartawan sambil menyatakan yang beliau memiliki empat buah rumah, dua buah kereta, simpanan emas dan juga tunai di tangan.

Pemain yang pernah menyarung jersi Kuala Lumpur, Perak, ATM sepanjang kariernya itu juga berpesan agar semua tidak lupa untuk menunaikan zakat dan membuat amal jariah sebanyak mungkin kerana menurutnya, hidup ini tidak lama.

Di akhir postingnya, Azmeer Yusof berkata yang beliau sentiasa memaafkan pembuat fitnah dan yang juga mengecam dirinya. Beliau turut meminta agar jangan disebabkan satu posting yang ‘disalah tafsir’, semua pihak memutuskan tali silaturrahim.

“Posting saya yang lepas menunjukkan tentang keaiban diri saya sendiri,” jelasnya yang kini masih menjadi pilihan utama skuad Helang Merah di posisi pertahanan kiri.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel lain mengenai Azmeer Yusof dan Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN