Barisan skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) kini sudah berada di Tashkent, Uzbekistan bagi mengharungi cabaran terbaharu mereka iaitu kejohanan Piala Asia B-23 yang bakal membuka tirai hari esok.
Menerusi aksi Sukan SEA baru-baru ini di Hanoi, Vietnam yang dijadikan skuad muda kebangsaan muda tersebut sebagai medan persiapan, beberapa kelemahan berjaya dikesan untuk diperbaiki.
Skuad B-23 kebangsaan menjalani latihan pertama di Padang Latihan Qibray
bagi persiapan Piala Asia B-23 2022 Tashkent, Uzbekistan.Aksi pertama skuad kendalian Brad Maloney dalam Kumpulan C berdepan Republik Korea pada 2 Jun 2022, Thailand 5 Jun 2022 dan Vietnam 8 Jun 2022. pic.twitter.com/HwAxiQ4qzP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 30, 2022
Antara kelemahan yang jelas dapat dilihat ketika itu adalah masalah positioning para pemain ketika dalam perlawanan dan perlu diatasi segera sebelum dimanipulasi lawan.
Menurut pertahanan muda kebangsaan iaitu Harith Haiqal Adam Afkar, beliau mendedahkan perkara tersebut sudah pun dikesan oleh kejurulatihan pada dua minggu lalu sewaktu dalam aksi Sukan SEA di Hanoi.
Menurut beliau, kelemahan tersebut menjadi salah satu isu yang agak besar kerana lawan mudah mencerobohi kawasan Malaysia dengan agak mudah meskipun mereka menguasai permainan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
“Saya nak cakap kurang komunikasi pun tidak sebenarnya, bagi saya ia lebih kepada pertahanan punya positioning.
“Komunikasi pada saya tiada masalah sangat kerana kami berkomunikasi dengan baik atas padang,” katanya menerusi Arena Metro sekali gus menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan masalah komunikasi benteng negara mudah dibolosi.
Malaysia bakal berdepan cabaran getir mnjelang aksi sulung mereka apabila bakal bertemu juara bertahan, Korea Selatan sebelum menentang Thailand dan Vietnam dalam Kumpulan C.
Skuad Harimau Malaya B-23 di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menggalas cabaran di Piala Asia B-23 2022 bermula 1 Jun hingga 19 Jun 2022.
Penerbangan diuruskan oleh @MAS Rakan Penerbangan Rasmi FAM.#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/ifxVLhiT8c
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 29, 2022
Menurut Harith, beliau melihat dua pasukan dari Asia Tenggara itu pastinya tampil dengan sedikit berbeza berbanding ketika aksi Sukan SEA kerana ketiadaan pemain lebih umur dalam skuad mereka.
“Saya harap kita dapat atasi kelemahan yang perlu perbaiki sebab saya rasa di Piala Asia nanti ia akan jadi aksi yang lain.
“Sebab di Sukan Sea, mereka (Vietnam) bawa tiga pemain lebih umur, begitu juga dengan Thailand. Jadi dengan ketiadaan tiga pemain lebih umur ini, permainan nanti akan jadi lain,” katanya.
Pada temasya Sukan SEA yang berlangsung baru-baru ini Malaysia gagal untuk meraih sebarang pingat walaupun tampil dengan aksi agak menyakinkan ketika menewaskan Thailand di peringkat kumpulan.
Positif mengenai skuad kendalian Maloney, mereka tetap memberi cabaran terbaik meskipun tampil tanpa kekuatan pemain senior seperti pasukan lain.