Tiada Larangan Kibar Bendera Malaysia Oleh Pengurusan JDT Di SSI, Akaun FB ‘Marshall JDT’ Buat ‘Palatao’

Tiada larangan kibaran bendera Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) oleh pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti yang digembar-gemburkan.

Ia sebenarnya telah beberapa kali diperincikan menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers mengenai jenis-jenis barang yang dilarang untuk dibawa masuk ke dalam stadium oleh penonton.

Antaranya ada rokok, rokok elektronik, pemetik api, payung, topi keledar, pembesar suara, minuman beralkohol, pengecas mudah alih (power bank), botol minuman, tongkat, mercun, senjata tajam, laser dan dron.

Ini bermaksud tiada sebarang arahan bertulis atau sebarang ‘hitam putih’ mengenai larangan membawa atau mengibarkan bendera Malaysia seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Oleh yang demikian, sebarang justifikasi untuk mewajarkan larangan kibaran bendera Malaysia di SSI adalah tertolak dan tidak terpakai sama sekali.

Sejauh Mana Kewajaran Larangan Kibaran Bendera Malaysia Di SSI?

Apatah lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Facebook yang menggunakan nama “Marshall JDT” yang tidak diketahui asal usulnya kerana ia bukanlah halaman yang diiktiraf secara rasmi oleh JDT.

Setakat ni carian akaun tersebut di Facebook tidak dijumpai yang menandakan ia mungkin telah dinyahaktifkan.

Sebagai salah sebuah negeri berdaulat dalam persekutuan Malaysia, adalah tidak masuk akal untuk melarang bendera negara ini dibawa masuk ke dalam stadium, apatah lagi melarang ianya untuk dikibarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN