Juventus telah sah akan kembali dalam permainan video FIFA 23 selepas menandatangani usaha sama dengan syarikat EA SPORTS.
Ekoran penamatan perjanjian pada 2019, Kelab gergasi Itali tersebut ‘hilang’ dalam edisi FIFA 20, 21 dan 22, lalu diberikan nama ‘Piemonte Calcio’ dengan logo, stadium dan jersi rekaan sendiri.
Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden EA SPORTS FIFA, David Jackson yang berbesar hati untuk melihat kelab gergasi Itali itu kembali menyertai komuniti besar mereka.
Juventus will return to FIFA 23 after signing a multi-year partnership with EA Sports pic.twitter.com/rYUVWWrqN9
— Project Football EPL (@ProjectEPL) July 25, 2022
“Kelab sensai ini amat bermakna buat kami dan peminat dan membolehkan EA SPORTS terus memberikan pengalaman bola sepak interaktif yang sebenar dan komprehensif dalam FIFA 23 dan edisi seterusnya,” ujar Jackson.
Ia pastinya berita gembira buat peminat permainan video FIFA terutamanya penyokong Juventus yang dapat menggunakan pasukan mereka dengan nama dan jersi sebenar yang turut menyaksikan kembalinya Stadium Allianz sebagai gelanggang rasmi.
Penyerang sensasi I Bianconeri, Dusan Vlahovic akan menjadi duta buat jenama permainan video berkenaan dan legenda kelab Claudio Marchisio pula akan menedapat Kad Hero FUT.
Vlahovic menyertai Juventus dari Fiorentina dengan harga €70 juta pada Januari lalu, namun gagal membantu kelab tersebut keluar dari prestasi buruk dan sekadar menamatkan saingan liga di tangga keempat.
Marchisio pula berkhidmat selama 13 tahun bersama Juventus dengan mengumpul tujuh kejuaraan Serie A selain dua kali mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2015 dan 2017.
“Kami berbangga dapat kembali pada pangkuan EA SPORTS,” ujar Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Kewangan Juventus.
Juventus is 🔙 in #FIFA23 🎮
The partnership will see FIFA 23 gain a fully authentic in-game integration of Allianz Stadium as well as authentic logos and kits.
More from @diamondbackGG ⬇️https://t.co/acPKtlES5B pic.twitter.com/tTXjTibqIJ
— Sports Business Journal (@SBJ) July 25, 2022
“Kerjasama dengan pihak mereka akan melangkaui konsep kerjasama tradisional. Kami akan bersama-sama dalam projek perkongsian demi masa hadapan untuk generasi baharu mengikut gelombang trend, budaya dan gaya hidup masa kini.”
“Kami memilih EA SPORTS untuk maju selangkah ke hadapan kerana perkongsian kerjasama ini selari dengan visi dan matlamat kelab. Kami berbesar hati untuk meneruskan perjalanan dengan jenama yang jelas berdasarkan keaslian, keunikan dan inovasi yang diterapkan oleh Juventus.”
Penyerang PSG, Kylian Mbappe sekali lagi menjadi ikon utama untuk edisi terbaharu, berdampingan dengan penyerang skuad wanita Chelsea, Sam Kerr.