Selepas meluangkan satu musim bersama Inter Milan secara pinjaman, penyerang Chile, Alexis Sanchez akhirnya melengkapkan perpindahan secara tetap ke kelab Serie A itu dengan kontrak tiga tahun.
Perpindahan itu dilaporkan dipersetujui oleh kedua-dua kelab tanpa melibatkan sebarang yuran perpindahan.
Ia sekaligus menamatkan ‘mimpi buruk’ dan prestasi buruknya sepanjang keberadaannya di United yang tidak setimpal dengan gaji kira-kira £400,000 seminggu yang diterimanya.
🔝 | ANNOUNCEMENT@Alexis_Sanchez has joined Inter on a free transfer 👇https://t.co/2IbrSjiogi
— Inter (@Inter_en) August 6, 2020
Ketibaannya di Old Trafford dengan status penyerang berprofil tinggi ternyata menggembirakan penyokong United dan dimulakan dengan gimik bermain piano, namun akhirnya menjadi bahan ejekan yang menyebabkan beliau digelar ‘sekadar pemain piano’.
“Kami telah bersetuju [dengan rundingan yang dibuat],” ujar pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer selepas pasukannya menang ke atas LASK dalam saingan Liga Europa (UEL).
“Dia melalui musim yang baik di sana. Dia adalah pemain yang hebat tetapi atas pelbagai sebab, dia gagal membuktikan kemampuan bersama kami. Jadi kami ucapkan semoga berjaya dalam kariernya.”
🇨🇱 Alexis Sanchez registered more assists in Serie A last season than any other Inter player, with eight
— WhoScored.com (@WhoScored) August 6, 2020
👀 He started 10 of 22 appearances, having a direct hand in 12 goals in just 918 minutes… pic.twitter.com/V3H0JLK6YS
Walaupun United berjaya mendapatkan Sanchez dari Arsenal tanpa sebarang yuran perpindahan – hanya menggunakan Henrikh Mkhitaryan sebagai pertukaran – namun gajinya yang terlampau tinggi menjadi beban yang besar buat kewangan kelab.
Entah di mana silapnya, taktikal jurulatih ataupun memang beliau berdepan dengan penurunan prestasi mahupun kecelaruan identiti, masanya di Old Trafford tidak pernah pulih dan sekadar menjaringkan 5 lima gol sepanjang 45 perlawanan dalam semua pertandingan.
Apabila Solskjaer mengambil alih pasukan, Sanchez jelas tidak lagi diperlukan dan dibenarkan untuk meyertai Romelu Lukaku yang dijual kepada Inter dan akhirnya berjaya mengembalikan prestasi terbaiknya di bawah kendalian Antonio Conte.
OFFICIAL: Alexis Sanchez has joined Inter from Manchester United 🤝 pic.twitter.com/n9NapyJ1Dx
— GOAL (@goal) August 6, 2020
Dalam 22 penampilan bersama The Nerazzurri, pemain berusia 31 tahun itu yang serasi dengan formasi 3-4-3 telah menjaringkan empat gol dan menyumbang empat bantuan jaringan.
United kini sedang berusaha keras untuk mendapatkan pengganti Sanchez dengan memancing pemain saya Borussia Dortmund, Jadon Sancho yang telah diletakkan tanda harga £100 juta.
Kredit Foto: Manchester United
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Alexis Sanchez dan Inter Milan: