Sejak mula dilantik sebagai pengendali Manchester United pada Disember 2018, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan sudah mula mendapat rentak sebelum liga tertangguh.
Kemenangan meyakinkan ke atas Chelsea dan Manchester United selain pemain-pemain yang dibawa masuk sudah mempamerkan aksi yang baik, memberikan petanda yang The Red Devils kini sudah dalam fasa pemulihan.
Solskjaer menegaskan yang suasana di kem mereka ketika ini lebih harmoni apabila melepaskan beberapa pemain dan menurutnya, tiada tolenrasi daripadanya terhadap sikap ego dan memiliki agenda tersendiri dikalangan pemain-pemain selepas ini.
“Saya lebih memilih kelompongan di dalam pasukan dibandingkan seseorang yang menjengkelkan. Keperibadian sangat penting kerana dari situ kami membentuk karakter Manchester United yang sebenar,” ujarnya kepada United We Stand fanzine.
“Anda ingin pemain memiliki sedikit ego dan keunggulan, tetapi mereka juga harus boleh beradaptasi. Secara jujur, ada beberapa perkara yang saya tidak suka pada tahun lalu, beberapa agenda peribadi yang tidak boleh diatasi sehingga musim panas.
“Kebiasaannya akan ada pemain yang mahukan minit perlawanan yang lebih banyak, tetapi sekiranya sesebuah kelab itu mahukan kejayaan, maka pemain-pemain haruslah bersedia untuk bermain dalam apa jua keadaan atau situasi yang berbeza.
“Saya percaya yang tiada lagi ‘epal busuk’ di dalam skuad ini,” jelasnya lagi mengenai pemain-pemain yang mempunyai pengaruh buruk terhadap prestasi skuadnya.
Musim lalu menyaksikan Solskjaer membuat rombakan besar-besaran terhadap Manchester United apabila melepaskan 19 pemain yang berprestasi rendah, disamping mendapatkan pemain yang kini sangat berpengaruh di dalam pasukan.
Pertahanan termahal, Harry Maguire kini telah dilantik sebagai kapten, Aaron Wan-Bissaka pula dikatakan antara pertahanan muda terbaik di England, Daniel James pula sudah mula mempamerkan potensi sebenarnya dan tentunya Bruno Fernandes yang telah berhasil mengubah jentera tengah pasukan sejak ketibaannya, pada Januari lalu.
Untuk rekod, Manchester United telah melepaskan beberapa tonggak seperti Ander Herrera, Antonio Valencia, Chris Smalling, Romelu Lukaku, Ashley Young dan juga, Alexis Sanchez. Siapakah di antara mereka yang digelar ‘epal busuk’ oleh Solskjaer?
KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES