Tiada Lagi ‘Alasan’ Penat, Skuad Bojan Hodak Perlu Bangkit Berdepan Sabah FC

Bojan Hodak KL City Sabah 2021 2

Kemenangan mengejut Sabah FC ke atas Terengganu FC 2-1 pada Ahad lalu wajar dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang kepada skuad kendalian Bojan Hodak.

Disebalik isu pengadilan yang menyelubungi kemenangan Sabah tersebut, jangan diketepikan permainan menarik yang dipamerkan oleh The Rhinos seperti jaringan kedua yang telah dihasilkan oleh penyerang, Sam Johnson pada minit ke-41.

Gerakan pantas dan hantaran pendek antara Saddil Ramdani, Maxius Musa dan Levy Madinda akhirnya berjaya disudahkan oleh penyerang dari Liberia, Sam Johnson untuk tuan rumah mendahului perlawanan dua gol pada babak pertama.

Itu merupakan kemenangan pertama mereka dan ia diraih mereka ketika berdepan pasukan yang berada di kedudukan kedua Liga Super, Terengganu. Itu juga adalah kekalahan pertama pasukan pelawat selepas lima perlawanan.

Tiga mata pertama itu telah melonjak Sabah untuk keluar daripada zon penyingkiran dengan menduduki kedudukan ke-10 liga, berkongsi empat mata bersama Melaka United dan Sri Pahang FC yang berada di kedudukan ke-9 dan 11 liga.

KL City pula menduduki kedudukan ke-6 dengan tujuh mata dan jika mereka tewas tika berdepan Sabah, mata yang akan dikumpul kedua-duanya bakal sama. Adakah Bojan Hodak bersedia untuk mengambil risiko diikat mata terkumpul oleh Sabah?

Boleh dikatakan skuad yang dibimbing Bojan Hodak tampak masih terumbang-ambing dalam saingan liga. Dalam dua sidang media terkini pasukan The City Boys, beliau ada menyatakan tentang isu tahap kecergasan pemainnya selepas lima aksi.

Walaupun ada menyatakan semua pasukan melalui masalah yang sama, Bojan Hodak kerap kali mengulangi kenyataan mengenai jadual padat yang terpaksa dilalui.

Ujarnya, “Ia sangat sukar, kerana ini perlawanan kelima dalam masa dua minggu. Para pemain telah berikan yang terbaik. Ia sangat sukar untuk bermain lima perlawanan dalam dua minggu dengan hanya dua minggu tempoh persediaan.”

“Sudah tentu semua orang akan penat, lima perlawanan dalam dua minggu,” jelasnya selepas menyaksikan skuadnya tewas 1-2 kepada Melaka United pada Sabtu lalu.

Sebelum itu dalam sidang media selepas menang 3-0 ke atas Perak, Bojan Hodak telah berkata, “Kedua-dua pasukan penat. Yang membezakan adalah Perak ada kelebihan rehat sehari tetapi saya rasa kami beraksi semakin baik.”

Walaupun dibarisi barisan pemain yang boleh dikatakan antara yang terbaik di Liga Malaysia seperti Irfan Zakaria, Romel Morales dan Dominique da Sylva, prestasi KL City masih tidak melambangkan perkara tersebut dan masih tidak mampu tampil gah.

Adakah tempoh rehat dua minggu ini mampu menyegarkan semula skuad KL City yang Bojan Hodak katakan telah mengalami masalah ‘kepenatan’ sebelum ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: KL CITY FC

Baca lagi artikel lain mengenai Bojan Hodak dan KL City:

Adakah Bojan Hodak Akan Jadikan Romel Morales Sebagai Piya, Copot ‘Baharu’

KL United Jelaskan Situasi Sebenar, Khatul Anuar Mahu Bincang Masa Depannya

RASMI: KL United Kini Bertukar Menjadi Kuala Lumpur City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN