Tiada ‘Kerja Rumah’ Untuk ‘The Cops’ Yang Terlibat Di Barisan Hadapan

PDRM JDT Liga Super 2020

Di saat pemain-pemain pasukan lain yang bersaing di Liga Malaysia terutamanyanya di CIMB Liga Super 2020 sedang ‘berehat’ di rumah akibat penundaan semua aksi liga, sebahagian besar pemain PDRM FA perlu bertugas di barisan hadapan.

Semua aksi liga telah ditunda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akibat penularan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing dan sesetengah pasukan telah memberi kerja rumah untuk dibuat oleh para pemain sepanjang tempoh tersebut.

Bagi sebahagian besar pemain PDRM yang merupakan Anggota Polis, tiada istilah rehat bagi mereka apabila terpaksa bertugas dengan menyahut panggilan kerajaan untuk berada di barisan hadapan untuk membendung penularan COVID-19.

Namun, bagi pengendali PDRM, Ishak Kunju Mohamad beliau menyanjung tinggi pengorbanan para pemainnya yang terlibat dan turut mendoakan semoga mereka dan semua yang terlibat agar selamat daripada dijangkiti wabak tersebut.

Tambahnya lagi, selain 14 pemainnya yang kembali menjalani tugas sebagai Polis, penolong jurulatih dan staf pasukan serta barisan kejurulatihan pasukan Piala Presiden PDRM yang berjawatan anggota keselamatan turut sama turun padang.

Bagi memastikan pemainnya tidak tertekan dan fokus membantu negara, beliau tidak terlalu menekankan program latihan di kediaman masing-masing yang diberikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac ini.

“Pemain kami yang terdiri daripada anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Bukit Aman, Pulapol dan Pulau Pinang akan mula bertugas pada hari ini, tapi barisan staf kejurulatihan sudah mula bertugas sejak Rabu minggu lalu.

“Kami doakan mereka ini bebas daripada wabak itu sebaik kembali dalam kem pasukan bagi menggalas misi pasukan pula dalam kancah Liga Super dan Piala FA,” ujar pengendali berusia 45 tahun itu lagi kepada Harian Metro.

“Doa daripada rakyat Malaysia dipohon bagi memastikan pemain dan barisan kejurulatihan serta seluruh barisan hadapan negara termasuk anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selamat daripada ancaman wabak itu,” tambahnya.

Antara pemainnya yang terdiri daripada anggota keselamatan termasuk kapten, Khairul Izuan Abdullah di samping Mohd Safiee Ahmad, Amir Saiful Badeli, Muhamad Eskandar Ismail, Ahmad Nizam Mohd Rodzi dan Hariz Irffan Mohd Nazri.

KREDIT FEATURED IMAGE: PDRM FA

Baca juga artikel kami yang lain mengenai PDRM FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN