“Tiada jawatan kosong di Old Trafford.” – Itulah kenyataan yang ditegaskan pengurusan tertinggi Manchester United ketika mempertahankan kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus skuad The Red Devils sebelum ini.
Manchester United sebelum ini bertegas tidak akan menggantikan Ole Gunnar Solksjaer dan akan terus memberikan sokongan kepada pengendali dari Norway itu.
What a remarkable match! @Oracle’s Attacking Threat chart shows how the classic unfolded…#MUNLIV pic.twitter.com/d3Kx9NbxWg
— Premier League (@premierleague) October 24, 2021
Bekas pengurus Molde dan Cardiff itu semakin tertekan dengan beberapa keputusan buruk kelab itu sejak beberapa minggu lalu.
Terbaru, Manchester United dimalukan oleh Liverpool 5-0 di Old Trafford. Pasukan itu kini hanya berjaya mengutip satu mata dari empat perlawanan terakhir Premier League.
Kekalahan malam tadi menyebabkan Manchester United jatuh ke kedudukan ketujuh. Malah kelab seperti West Ham dan Brighton kini berada di atas jaguh Liga Inggeris itu di dalam kedudukan liga.
Tiada jawatan kosong
Beberapa ejen kepada pengurus lain dikatakan telah menghubungi Old Trafford untuk mencalonkan klien masing-masing sebagai pengganti Solskjaer sekiranya beliau dipecat.
Namun ejen-ejen tersebut telah dimaklumkan oleh pengurusan tertinggi Manchester United tiada kekosongan jawatan untuk diisi di Old Trafford buat masa ini.
What a remarkable match! @Oracle’s Attacking Threat chart shows how the classic unfolded…#MUNLIV pic.twitter.com/d3Kx9NbxWg
— Premier League (@premierleague) October 24, 2021
Sama ada pendirian tersebut akan kekal pada minggu-minggu akan mendatang – terutama selepas kekalahan mengaibkan kepada Liverpool akan kekal – tidak dapat dipastikan.
Skuad kendalian Solskjaer akan berhadapan dengan Tottenham di tempat lawan pada hujung minggu hadapan, diikuti kunjungan ke Itali menentang Atalanta untuk perlawanan Champions League.
Perlawanan paling sukar ialah berhadapan Manchester City di Old Trafford empat hari selepas itu.
Kesabaran semakin hilang
Satu perkara yang pasti ramai penyokong Red Devils semakin hilang sabar dengan prestasi yang ditampilkan.
Apatah lagu selepas Solskjaer berbelanja besar mendapatkan pemain-pemain yang mereka mahukan seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane dan Jadon Sancho pada musim panas lalu.
Ole Gunnar Solskjær to @robharris: “I do believe in myself. I do believe I'm getting close to where I want with the club”. 🔴 #MUFC #Solskjaer pic.twitter.com/DDDmXBz08X
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 24, 2021
Dengan skuad sedia ada, ramai meramalkan Manchester United mampu bersaing untuk merebut kejuaraan Premier League pada musim ini selepas menamatkan saingan pada musim lalu sebagai naib juara – di belakang Manchester City.
Namun demikian Manchester United kini sudah tewas tiga kali dan berada lapan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.
Prestasi semasa Manchester United di bawah Solskjaer turut dikritik hebat oleh bekas pemain seperti Gary Neville, dan Paul Scholes.
5-0 down to your biggest rivals at home, switch to a back five to try and keep the score down.
Ole Gunnar Solskjær’s version of ‘The Man United Way’.#MUNLIV https://t.co/8dpqtfmGgC pic.twitter.com/o4sESWHILu— Duncan Castles (@DuncanCastles) October 24, 2021
Bekas pemain tengah dari Jerman, Bastian Schweinsteiger pula berkata beliau keliru dengan corak permainan diterapkan Solskjaer yang tidak mempunyai identiti taktikal.
Anehnya dalam temubual selepas perlawanan pada malam tadi, Solksjaer berkata beliau tetap yakin dengan apa yang telah dilakukannya untuk Manchester United.
Sampai bila?
Antara jurulatih lain yang menjadi pilihan dan hangat diperkatakan akan menggantikan Solskjaer sekiranya beliau dipecat adalah bekas jurulatih Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte; bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane; dan juga pengurus Leicester City, Brendan Rodgers.
Sampai bilakah jawatan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United akan bertahan, dan akan mulai ada kekosongan hanya Manchester United yang tahu.