Tiada Dakwaan Buat Salah, Polis Beri Khidmat Nasihat Guna Telefon Bimbit

Mohamed Salah tidak akan didakwa untuk sebarang perlakuan jenayah berkaitan penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan.

Pada Ogos lalu, satu rakaman video menjadi tular di media sosial yang memaparkan bintang Liverpool dari Mesir itu menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Kenderaan yang dipandu oleh Salah bergerak perlahan pada ketika itu akibat kesesakan jalan raya, dan dikerumuni oleh beberapa individu yang ingin mendapatkan tandatangan pemain tersebut selepas Liverpool menang 4-0 ke atas West Ham.

Liverpool FC sendiri turut membawa insiden berkenaan kepada pihak polis, sebelum Salah disahkan tidak akan didakwa pada Khamis lalu.

“Kami boleh mengesahkan telah bercakap dengan seorang lelaki berusia 26 tahun mengenai satu insiden di Arkles Lane, Liverpool pada 12 Ogos lalu,” ujar polis Merseyside melalui satu kenyataan.

“Siasatan telah dijalankan oleh pegawai kami, dan tidak ada bukti mencukupi untuk membawa kes ke muka pengadilan. Oleh itu, tidak ada tindakan susulan dari pihak kami.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Bagaimanapun lelaki tersebut telah diberi khidmat nasihat mengenai penggunaan telefon bimbit ketika sedang memandu,” tambah kenyataan itu lagi.

Di United Kingdom, ianya adalah satu kesalahan jenayah untuk menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu. Undang-undang tersebut turut termasuk ketika pemandu sedang berhenti di lampu isyarat atau berada di dalam kesesakan jalan raya.

Bintang Liverpool dari Mesir itu adalah pemain terbaik tahunan Liga Inggeris pada musim lalu selepas menjaringkan 41 gol pada musim pertama di Anfield.

Pemain tersebut bagaimanapun sehingga kini hanya menjaringkan tiga gol dalam semua pertandingan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN