Tiada Bonus Untuk Pemain JDT Jika Bergelar Juara Piala Malaysia 2017

Liga Malaysia

Finalist Piala Malaysia 2017 mengumumkan melalui laman facebook rasmi mereka bahawa pengurusan kelabnya tidak akan memberikan bonus kepada pemain jika pasukan JDT menewaskan Kedah di perlawanan akhir pada 4 November depan.

“Kami tidak akan memberi bonus jikalau JDT menjuarai Piala Malaysia tahun ini kerana kami telah mencapai sasaran kami iaitu menjuarai Piala Liga Super. Lagipun kami telah memberikan bonus yang besar sebelum ini kepada para pemain kami apabila mereka telah memenangi Liga Super,” kata presiden JDT, YAM Tunku Tun Aminah seperti dipetik daripada laman facebook JST.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Tunku Tun Aminah turut menjelaskan keutamaan kelab JDT pada setiap tahun adalah Liga Super dan Piala FA untuk beraksi dalam saingan AFC. Jadi, ini adalah matlamat utama dan polisi Kelab JDT.

“Setiap kejayaan adalah penting, berada di dalam perlawanan akhir juga penting tetapi walaubagaimanapun, keutamaan kelab JDT pada setiap tahun adalah Liga dan Piala FA untuk beraksi dalam AFC.

Jadi, itu adalah matlamat utama dan polisi Kelab JDT. Cuma Piala Malaysia ini ibarat bonus, kalau dapat alhamdulillah, kalau tidak dapat ia bukan satu keutamaan dalam polisi kelab JDT. Tetapi apa-apa kejayaan sekalipun, kami hargai,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tun Aminah menghormati pasukan Kedah dan menyifatkan lawan mereka di final merupakan lawan yang kuat.

Gambar: Kedah FA

“Pandangan saya adalah mereka sebuah pasukan yang kuat. Kami tidak kisah sama ada Kedah atau mana-mana pasukan kerana kami menghormati lawan kami kerana mereka semua terdiri dari pasukan yang kuat.

“Jika menang, Alhamdulillah, jika tidak menang pun tidak mengapa kerana keutamaan kami setiap tahun adalah Liga dan Piala FA dan untuk beraksi dalam Pertandingan AFC.

“Itu adalah keperluan buat kita untuk penaja-penaja besar kami dimana mereka mahu mempromosikan nama mereka bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara.

“Walaubagaimanapun JDT mempunyai kelemahan kerana kehilangan Marcos Antonio, tetapi apa sekalipun saya yakin terhadap para pemain sedia ada yang akan memberikan seratus peratus dan saingan yang sengit.

“Saya juga bersyukur walaupun dengan bajet yang telah kami kurangkan pada tahun ini jika hendak dibandingkan dengan tahun lepas, kami tetap berada di landasan yang betul.

Apa pun matlamat kami pada tahun ini telah tercapai iaitu untuk menjadi juara liga dan ia adalah sasaran kami untuk setiap tahun,” ujarnya.

Tun Aminah turut berharap penyokong JDT setia di belakang pasukan dan sentiasa memberikan sokongan padu.

“Saya tiada harapan, saya amat tahu penyokong setia JDT sentiasa berada di belakang JDT selama ini”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN