Thomas Vermaelen: Ianya Sedikit Mencabar Berdepan Lawan ‘Tidak Diketahui’

Thomas Vermaelen Vissel Kobe ACL 2020

Bekas kapten Arsenal yang kini beraksi bersama Vissel Kobe, Thomas Vermaelen menyatakan di laman sesawang Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) yang Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan sedikit mencabar.

Ini kerana, baginya, ini merupakan kali pertama Vissel Kobe bermain di ACL selepas menjuarai Emperor’s Cup dan akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah pernah beraksi di kejohanan tersebut.

Dengan menjadi pasukan pilihan, Thomas Vermaelen menganggap mereka masih baharu di saingan tersebut malah tidak meletakkan sebarang sasaran termasuklah menjuarai ACL 2020 pada musim ini.

Pertahanan tengah berusia 34 tahun itu turut berkata, semua kelab di Asia termasuklah JDT agak asing buat dirinya dan juga Vissel Kobe, jadi mereka terlebih dahulu perlu melihat permainan lawan mereka.

“Secara peribadi, semua kelab-kelab tersebut agak asing buat kami dan kami perlu membuat analisa mengenai mereka dalam beberapa hari nanti. ACL juga perkara baharu untuk saya, dan saya tidak tahu bagaimana rasanya [bermain di ACL] tetapi saya akan melaluinya pada Rabu nanti,” jelasnya.

“Kita boleh tahu kekuatan kelab di Eropah kerana kita boleh lihat aksi mereka menerusi televisyen, Tetapi untuk pemain seperti saya yang datang dari sana, kami tidak tahu mengenai kelab-kelab di Asia.

“Jadi, ianya akan sedikit mencabar kerana anda tidak boleh menjangkakannya [kemampuan kelab lawan]. Ianya pasti mencabar,” ujar Thomas Vermaelen.

Vissel Kobe baru sahaja menjulang trofi Japan Super Cup selepas menewaskan Yokohama F Marinos pada Sabtu lalu dan ia pastinya akan membantu mereka menempuhi aksi kompetitif berdepan JDT nanti.

“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran [untuk ACL] antaranya seperti memenangi kejohanan ini. Kita akan lalui perlawanan demi perlawanan dahulu dan lihat sejauh mana kita mampu pergi.

“Lagipun kita berdepan kesukaran dengan pemain import apabila hanya tiga pemain dibenarkan untuk didaftar. Ia agak mengecewakan. Jadi, ia bukanlah skuad terkuat yang mampu kami senaraikan. Tetapi kita lihat apa akan berlaku nanti,” tambahnya lagi.

Selain JDT dan Vissel Kobe yang akan bertemu petang ini, Kumpulan G akan turut disertai oleh wakil China, Guangzhou Evergrande dan wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings.

KREDIT FOTO: VISSEL KOBE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN